berita

Resepi Pisang Bersos Kastard Yang Mudah & Sedap, Pasti Korang Ketagih!

April 16th, 2019 | by Amirul Asraf
MyResipi

Tahukah korang, pisang merupakan buah yang sangat kaya dengan nutrisi. Ia terdiri daripada 75% air, 1.3% protein dan 0.6% lemak. Selain itu, pisang juga mengandungi karbohidrat dan potassium yang tinggi sehingga mampu memberikan tenaga kepada manusia.

Enak dimakan begitu sahaja, pisang juga boleh dipelbagaikan penyediaannya. Sebagai contoh, pisang goreng, kerepek pisang, kek pisang dan macam-macam lagi. Menerusi Facebook Nenek Yati Koondari, wanita tersebut berkongsi resepi pisang kastard sos yang mudah dan sedap untuk korang cuba di rumah.

Bahan-bahan yang diperlukan

  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cawan air
  • 1 biji kuning telur
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • Daun pandan

Cara penyediaan

1. Satukan semua bahan, kemudian tapis.

2. Masak dengan api yang perlahan sehingga pekat sedikit.

3. Masa nak makan, boleh la siram dekat pisang yang sudah dilenser dengan butter.

Dah siap!

Kalau korang nak lagi sedap, korang sejukkan terlebih dahulu. Selamat mencuba!

Sumber: Nenek Yati Koondari