berita

Resepi Pizza Tak Perlu Uli, Guna Roti Yang Dah Nak Expired Je Pun Sedap

March 8th, 2019 | by Hazurin
MyResipi

roti pizza

Menjadi seorang ibu kadang-kadang ketandusan idea untuk mempelbagaikan menu untuk anak-anak. Lagi-lagi pada mereka yang mempunyai anak yang sedang membesar, pasti mereka mudah rasa jemu jika dihidangkan dengan menu yang sama saja setiap hari.

Kali ini, kami nak kongsikan resepi roti pizza daripada cetusan idea pengguna Facebook, Suberiah Kadirun. Menariknya tentang resepi ini adalah anda tidak perlu menguli tepung dan hanya menggunakan kepingan roti sahaja.

Roti pizza tak perlu uli

roti pizza

Bahan-bahan yang kak Su guna:

  • Sosej dan crab stick itu korang basuh pastu celur sekejab. Lepas itu potonglah ikut suka hati korang.
  • Bawang holland dihiris -hiris. Tak nak letak pun boleh jer.
  • Nenas kiub dalam tin.
  • Sos Spaghetti. Pilihan Kak Su Kimball perasa cendawan.
  • Herba mix yang ini kak Su suka letak. Pizza itu rasa sedap. Tapi kalau tak ada okay aje.
  • Mayonis
  • Thousand Island
  • Kepingan keju

Cara-caranya

roti pizza

roti pizza

roti pizza

roti pizza

1. Susun Roti dalam dulang. Lepas itu, korang terus sapu sos Spaghetti.

2. Kemudian, campak-campak jer sosej, crab stick, nenas dan bawang holland. Akak tak kreatif hentam saja letak topping.

3. Lepas itu, korang taburkan herba mix itu letak mayonis dan sos Thousand Island. Last sekali, letak sekeping-sekeping keju. Kalau korang kaya beli mozarela cheese tabur kat atas, lagi best. Kat peti ais Kak Su ada keju itu aje so guna apa yang ada.

Bakar pada suhu 185 selama 15 minit

roti pizza

Sedapnya..

roti pizza

Sumber: Suberiah Kadirun