berita

Resepi Puding Biskut Munchy’s Sedap & Sesuai Dijadikan Juadah Berbuka Puasa

May 14th, 2019 | by Amirul Asraf
MyResipi

Pencuci mulut atau pemanis merupakan antara makanan yang sering menjadi kegemaran. Lihat sahaja kalau buffet makanan di restoran atau hotel pada bulan Ramadan, pasti ruangan pemanis paling mendapat perhatian. Betul tak?

Kali ini, kami nak kongsi resepi puding biskut Munchy’s yang mudah dan senang dibuat. Paling best, rasanya setaraf makanan buffet. Tak percaya? Cubalah sendiri.

Bahan-bahan yang diperlukan

  • Biskut Munchy’s
  • 10 gram agar-agar serbuk
  • 3 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan tepung kastard
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan butter (saya guna Marherin Daisy)
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • Secubit garam

Cara penyediaan

Langkah pertama yang perlu korang buat untuk menyediakan resepi ini ialah, korang kena kisarkan susu cair, susu pekat, telur, esen vanilla dan tepung kastard.

Kemudian, masak serbuk agar-agar dengan air sehingga serbuk tersebut larut dan mendidih.

Seterusnya, masukkan butter dan kacau sehingga butter menjadi cair.

Masukkan kesemua bahan-bahan yang dikisar ke dalam butter yang telah dikacau sebentar tadi. Korang kena kacau sehingga sebati. Api perlu diperlahankan ketika kacau.

Masukkan juga secubit garam dan pewarna yang disukai. Saya letak pewarna hijau. Kacau sehingga adunan puding mendidih lalu tutup api.

Akhir sekali, korang masukkan adunan puding ke dalam loyang dan ratakan keseluruhan loyang. Biarkan ianya mengeras sedikit. Susun biskut Munchy’s di atas puding tadi. Ulang proses sama sehingga habis. Dah siap susun, korang boleh masukkkan ke dalam peti sejuk selama 2 jam.

Nota:

1. Jika tiada susu pekat, gantikan dengan gula pasir.

2. Biskut Munchy’s boleh tukar dengan biskut lain yang digemari. Seelok-eloknya biskut yang selapis.

3. Pewarna juga boleh tukar, ikut warna kegemaran masing-masing.

4. Alas loyang dengan plastik. Lebihkan bahagian kanan dan kiri supaya senang nak keluarkan puding dari loyang.

Selamat mencuba!

Sumber: Hanidah Ha

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.