berita

Resepi Puding Buah Naga Yang Pasti Buat Korang Tak Puas Makan, Terliurnya!

December 16th, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Dengan cuaca sejuk sekarang, kami pasti ramai yang asyik rasa lapar. Betul tak? Lebih-lebih lagi jika waktu lapang seperti hujung minggu. Walaupun ramai lebih memilih makanan seperti sup atau masakan panas-panas, namun apa salahnya kali ini anda tukar selera dengan mencuba pencuci mulut yang lebih sihat berbanding makanan lain. Sedap pun sedap! Anak pasti suka!

Bahan-Bahannya

1 biji buah naga (isi merah)
1 paket agar-agar bertali (20gm)
750 mls susu cair
750 mls air kosong
1 cawan gula kastor (Boleh kurang kan)

Kena jaga api

Dalam periuk, kau orang masuk kan agar-agar dan juga air dahulu. Buka api dan kacau sedikit hingga agar² tadi cair dan mendidih. Bila tali agar² tadi dah mencair kesemuanya, masukkan pula susu cair. Kacau lagi susu ni supaya tak hangit. Api kena jaga.

Kacau gula hingga sebati

Dah sebati boleh masukkan gula ikut citarasa kalian. Saya tulis je 1 cawan, boleh kurang kan. Boleh rasa sikit. Kalau kurang manis tambah lah gula. Kalau dah cukup, tak perlu tambah. Kacau hingga gula sebati.

Kacau supaya jangan berketul

Masukkan buah naga tadi. Kacau lagi sambil menari. Kerja kita kalau buat puding ni memang kena selalu kacau, kalau tak, kacaulah hidup! Eh tak, berketul lah nanti. Kemudian tutup api dan masukkan dalam loyang yang disediakan tadi.

Siap puding buah naga

Nota: Saya guna loyang 7″

Info penting: Bancuhan agar-agar bertali boleh lihat cara di belakang paket. Yang saya guna ni dia minta saya bancuh 1500mls air. Jadi saya bahagikan dua 750mls air + 750 susu cair. Cara masakan boleh tengok pada kapsyen dan gambar.

Sumber : Nurhayati Abd Malek

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×