berita

Resepi Puding Karamel Tanpa Telur & Tak Perlu Kukus, Guna 2 Bahan Sahaja!

May 2nd, 2020 | by Arini Saleh
MyResipi

Puding karamel merupakan antara pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai. Cara pembuatannya yang ringkas dan memerlukan tidak banyak bahan membuatkan ianya lebih popular dalam kalangan ibu-ibu.

Kebiasaannya puding karamel dibuat menggunakan beberapa bahan asas seperti telur dan susu cair, namun kali ini apa kata anda cuba resepi ringkas yang memerlukan dua bahan sahaja. Hasilnya kelihatan lebih menyelerakan!

Tak kukus, tak guna telur

Alhamdulillah, dah hari ke 8 kita berpuasa. Hari ni sis nk sedekahkan resepi Puding Karamel yang hanya menggunakan dua bahan sahaja. Feel free to share dan please doakan sis dimurahkan rezeki dan sihat tubuh badan ya. In Shaa Allah, sure jadi. Tak perlu kukus, tak guna telur, tak ada nak jadi lubang rongga-rongga. Mudah dan rasanya sangat-sangat sedap. Sungguh! Tak bohong. Check out resepi di setiap gambar ya.

Bahan-bahannya


Ini je bahan-bahannya, sekotak susu dan sepeket flan flour. Kalau kat kedai bakeri yang saya selalu beli ni, memang sepaket 120g ni untuk sekotak susu. Susu brand apa pun boleh ya, nak guna Dutchlady ke, Goodday ke apa-apa la. Boleh je.

Cara-caranya


Buatkan karamel dulu. Part ni terpulang pada ibu-ibu, kalau suka manis boleh guna beberapa gula sudu. Sis guna 4 sudu besar.


Dah perang gula karamel kita, masukkan sedikit air panas. Masa ni memang ada letupan-letupan manja, so awas ya jangan ada yang tercedera. Kacau sampai semuanya kembali cair dan sebati bersama.

Buh dalam bekas kesukaan ibu-bu ya. Tak kisah la arcoroc ka, arcopal la, Pyrex ka. Sis buat dalam portion kecik-kecik sebab senang anak nak angkut sorang satu nanti.

Tuang masuk susu kita dalam periuk, masak sampai menggelegak-menggelegak manja.

Masukkan secubit garam, yang ni option. Nak bagi rasa lemak-lemak githewwww, kalau terlupa nk buh pun takpe.


Dah menggelegak tuang masuk flan flour kita. Kacau sebati. Time ni kena jaga-jaga ya ibu-ibu sebab kalau api dapur kita besor, boleh terkeluar semua isi periuk tu. Susu kan bila menggelegak cepat membuak. So nmpk je menggelegak tu cepat-cepat tutup api. Haaaa sis dah pesan awai-awai ni.

Buh dalam bekas. Tunggu sejuk sikit dah boleh masuk dalam peti ais. Daaaaah siap! Mudahnya la selamat mencuba buat ibu-ibu or bapa-bapa pun boleh, apa salahnya.

Hasil bedah siasat. Nampak tak kejadian puding tu. Lembut dan premium macam kat hotel githewww.

Sumber : Sri Murni Mohamed

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×