berita

Resepi Puding Koktail Penyejuk Tekak Untuk Berbuka Puasa, Serius Sedap!

May 16th, 2019 | by Amirul Asraf
MyResipi

Puding koktail antara pemanis mulut yang digemari ramai tidak kiralah golongan dewasa mahupun kanak-kanak. Disajikan dengan pelbagai jenis buah dan rasa ia sesuai dihidangkan pada bila-bila masa sahaja.

Seorang pengguna Facebook, Diana Said telah berkongsi cara membuat puding koktail paling sedap dan sesuai dijadikan pencuci mulut ketika berbuka puasa. Jom cuba!

Bahan-bahan yang diperlukan

  • 1.5L nata de coco
  • 1 tin buah buahan campuran
  • 1 tin buah laici
  • 2 tin susu cair
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 1 susu kecil esen vanilla
  • 2 sudu tepung jagung

Bahan tambahan jika korang nak tambah

  • Biji selasih (rendam dalam air)
  • Buah-buahan segar (dipotong kecil)

Cara penyediaan

1. Masukkan susu cair ke dalam periuk dan panaskan dengan api yang kecil.

2. Saring buah dalam tin, ketepikan isi dan ambil airnya.

3. Campurkan air buah ke dalam periuk dan kacau.

4. Masukkan susu pekat manis dan esen vanilla. Kacau sehingga rata.

5. Masukkan tepung jagung ke dalam periuk dan kacau. Bila sudah mengelegak, tutup api dan biarkan sejuk. Salin susu koktel ke dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk.

6. Untuk hidangan ambil mangkuk dan masukkan nata de coco, buah laici, campuran buah, biji selasih dan buah-buahan potong seperti epal dan kiwi ke dalam mangkuk.

7. Curah susu koktail ke dalam mangkuk dan sedia untuk dihidang.

Dah siap!

Nota:

1. Saiz hidangan boleh buat ikut bilangan orang. Untuk susu pekat , korang boleh adjust sendiri nak pekat mana rasa manis dia.

2. Korang boleh juga buat agar-agar kosong dan masak tepung kastard dan dihidangkan dengan susu koktel ni. Yang penting bahan asasnya nata de coco dan buah campuran dalam tin kena ada.

Selamat mencuba!

Sumber: Diana Said

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×