berita

Reshmonu Artis Malaysia Pertama Diterima Rakam Album Bersama Jim Beanz

April 24th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Reshmonu

Penyanyi yang terkenal menerusi lagu “Hey Wale,” Reshmonu difahamkan bakal bekerjasama dengan pemuzik terkenal, Jim Beanz dalam menghasilkan album antarabangsa pertamanya tidak lama lagi.

Melalui kerjasama ini, secara tidak langsung ia bakal mengangkat nama penyanyi tersebut ke peringkat yang lebih tinggi dan sekaligus mencipta sejarah industri muzik tempatan, apabila Reshmonu merupakan artis Malaysia pertama yang berpeluang bekerjasa dengan pemuzik hebat tersebut.

Menurut Reshmonu, ini adalah cabaran paling besar buat dirinya sepanjang bergelar anak seni dan mengambil peluang yang ada sebagai satu platform terbaik untuk dirinya terus maju di peringkat antarabangsa.

Pada awalnya saya memang tak percaya. Tapi bila pihak pengurusan saya terima panggilan daripada pihak Timbaland sendiri, barulah saya sedar ini adalah peluang serta platform terbaik untuk saya terus mengembangkan bakat di luar negara.

Sudah pasti ini adalah satu cabaran yang paling berat buat diri saya sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam industri muzik tempatan. – Ujar Reshmonu sewaktu bertemu di sidang media petang semalam.

Mengulas lebih lanjut mengenai projek terbarunya ini, Reshmonu bakal terbang ke Amerika pada awal bulan hadapan bagi menjalani proses pertamanya bersama pihak rakaman tersebut.

Pada awal bulan Mei nanti saya akan berada di sana selama 20 hari untuk fasa pertama saya dan selepas itu saya akan pulang semula ke Malaysia untuk proses-proses selanjutnya.

Saya sangat teruja untuk bekerjasama dengan pihak Timbaland dan diharapkan peminat-peminat juga dapat berikan sokongan yang terbaik buat diri saya.

Untuk makluman, sebelum ini Jim Beanz pernah bekerjasama dengan beberapa penyanyi terkenal seperti Katy Perry, Britney Spears, Shakira, Justin Timberlake, Chris Brown serta Jennifer Hudson.

Bagi anda yang masih lagi tertanya-tanya siapakan Reshmonu, di sini kami selitkan video klip penyanyi tersebut buat tontonan anda semua.

Most Read Today