berita

Residensi SkyAwani 3, Setapak Dapat Sambutan Hangat Sampai Habis Terjual, Betul Ke Macam Tu?

May 27th, 2019 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Siapa kat sini tengah cari rumah? Biasanya pasangan muda yang baru berkahwin mesti nak beli rumah sendiri. Korang yang baru first time nak beli rumah ni, mesti tak tahu rumah mana yang recommended untuk korang duduk kan?

Kalau korang nak tahu, ada satu projek perumahan ni dapat sambutan hangat sampai habis terjual tau. Tak sangka jugak. Nak tahu kat mana? Ni haa..

Residensi SkyAwani 3, Setapak sudah habis terjual, fuh!

Kalau korang nak tahu, unit-unit perumahan Residensi SkyAwani 3, Setapak, di bawah skim Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) telah pun sold out. Harga unit yang dijual hanya RM300k* ni memang berbaloi untuk golongan muda dan pasangan baru berkahwin. SkyWorld mengucapkan terima kasih atas sokongan korang!

*Tertakluk pada terma dan syarat

Aduh, dah terlepas pulak! Menyesal tak daftar hari tu. Bagi korang yang dah terlepas untuk beli salah satu unit di Residensi SkyAwani 3, Setapak, tak perlu risau. SkyWorld akan memperkenalkan siri Awani baru mereka. Serious  la?

Jom target  beli rumah pertama yang sempurna dengan SkyWorld!

Wah, peluang baik ni! Untuk makluman semua, siri Awani baru yang terletak di Setapak ni dijual dengan harga yang sama, hanya RM300k*. Projek ni dibuat khas untuk beri peluang kepada mereka yang dah terlepas SkyAwani 3. Bagusnya!

*Tertakluk pada terma dan syarat

Sebelum ni kami dah beritahu yang SkyAwani 3 mendapat sambutan hangat sampai habis dijual bukan? Kemungkinan besar siri Awani baru ini pun macam tu. Nak tahu kenapa ramai orang tertarik dengan SkyAwani 3? Ni antara sebabnya..

Lokasi di Setapak yang strategik untuk didiami, orang KL mesti suka

Kalau nak beli rumah, kena tengok tempat dulu sama ada strategik atau tak. SkyAwani 3 ni strategik untuk didiami di Setapak. Paling best, 5km je daripada Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Patut la ramai beli, senang nak ulang-alik ke KL!

Memang onz  dengan fasiliti yang lengkap dan menarik!

Siapa tak onz dengan fasiliti yang banyak? SkyAwani 3 mempunyai 2 tingkat dengan lebih daripada 20 kemudahan yang lengkap dan menarik. Paling menakjubkan, korang dapat tengok pemandangan indah dari Sky Bridge di tingkat 52. Fuh!

Antara fasiliti terbaik yang disediakan di tingkat 8, SkyAwani 3 ialah kolam renang, taman, tadika, taman permainan, gelanggang bola jaring, bulatan refleksologi, gimnasium, trek joging, dan lain-lain. Banyak sampai tak boleh brain!

Ruang unit yang luas dan selesa untuk tinggal bersama tersayang

Kami juga tertarik dengan keluasan ruang unit di SkyAwani 3. Unit seluas 800 kaki persegi ni dilengkapi dengan 3 bilik dan 2 bilik air. Sangat sesuai untuk pasangan muda yang baru berkahwin. Confirm  selesa untuk didiami!

Kualiti rumah mampu milik yang terjamin selamat

Bila dapat tahu yang kualiti unit di SkyAwani 3 selaras dengan Quality Assessment System In Construction (QLASSIC), memang tak boleh tolak langsung. QLASSIC adalah sistem penilaian kualiti berdasarkan Malaysian-based yang dibangunkan oleh Construction Industry Development Board (CIDB).

Senang cerita, mereka akan pastikan kualiti pembinaan yang terjamin untuk korang. Lagi best, korang juga selamat duduk kat sini sebab ada sekuriti disediakan. Bagus kan?

SkyWorld juga telah melabur lebih RM3.8 juta untuk membina SkyWorld Quality Centre yang pertama di Malaysia sebagai hub perkongsian bagi orang awam yang nak tahu pasal standard  atau mutu kerja di Malaysia dan sentiasa memastikan semua pembelinya menikmati suasana dan gaya hidup yang berkualiti.

Baru-baru ini juga SkyWorld telah memenangi Anugerah StarProperty.my – Anugerah The Best Starter Home 2018 dan Anugerah Top-Ranked Developer 2019. Memang terbaik la!

Mula-mula bila dapat tahu SkyAwani 3 dah sold out, memang sedih jugak. Bukan apa, projek perumahan ni kan di bawah skim RUMAWIP. Bukan senang nak dapat tau. Nanti bila projek perumahan siri Awani baru dengan pemandangan landskap taman dilancarkan, kena grab  cepat-cepat la ya. Melepas lagi kang, rugi je!

Oh ya, skim RUMAWIP ni ada syarat-syarat tertentu. Sebelum mohon, korang kena tengok dulu syarat-syaratnya. Kalau okay, boleh la jadikan rumah di SkyWorld sebagai rumah bahagia korang bersama yang tersayang.

Dah berkenan nak beli unit di SkyWorld? Tak sabarnya nak tunggu. Untuk info lebih lanjut tentang pendaftaran, boleh klik mana-mana link di bawah.

SKIP THIS AD ×