berita

Resipi Daging Bakar Danok Buka Selera, Pasti Buat Korang Terliur!

November 16th, 2019 | by Amat Larbsib
MyResipi

Boleh dikatakan Thailand memang syurga makanan dan sinonim dengan masakan yang pedas. Apa makanan Thailand yang anda suka? Tomyam atau nasi paprik sudah bosan dan selalu sangat makan. Apa kata kali ini anda try Daging Bakar Danok pula.

Nak pergi sana memerlukan kos yang agak tinggi. Jangan risau, kali ini kami kongsikan resipi Daging Bakar Danok yang telah disediakan Diaz Yushazlina. Buat sendiri je kat rumah dan nikmati bersama keluarga di hujung minggu!

Bahan perapan daging

Bahan perapan daging adalah daging sekilo dipotong besar dengan ketebalan kira-kira 2 atau 3cm. 1 sudu sos ikan, kemudian 2 sudu sos tiram. Masukkan 2 atau 3 sudu Brown sugar (gula perang), sekeping gula melaka, 1 sudu lada hitam, sedikit minyak dan serbuk cukup rasa 1 atau 2 sudu.

Bahan sos


Penyediaan bahan sos pula ialah akar daun ketumbar, daun ketumbar, 1 sudu beras disangaikan dulu dan tumbuk, 1 atau 2 ulas bawang putih, 1 atau 2 sudu sos ikan (ikut tahap masin tekak masing-masing), perahan 2 biji limau nipis, 1 sudu brown sugar, 1/2 keping gula melaka (tumbuk kasi hancur campur air sikit), Chili flakes, 1 sudu kecil sos cili, 1 sudu kecil sos tiram dan 1 biji bawang besar dihiris nipis.

Cara-cara memasak


Cara-cara memasak ialah tumbuk akar daun ketumbar dan bawang putih smpai lumat, masukkan sos ikan, gula melaka, brown sugar, beras yang disangai, perahan limau nipis. Kemudian masukkan sos cili, sos tiram (saja tambah untuk pekatkan sos), masukkan daun ketumbar yang dipotong. Masukkan chili flakes (kalau suka pedas boleh tambah). Masukkan bawang besar yang dipotong tadi. Tetapi kalau tawar boleh tambah garam sikit.

Bakar daging


Daging itu saya bakar guna pemanggang ajaib dalam masa 20 hingga 30 minit dan bergantung juga pada tahap air yang kluar dari perapan masing-masing ye. Dinasihatkan untuk masak dalam suhu api yang perlahan. Bagi memastikan daging cepat lembut bila nak masak, anda perlu perap semalaman dan hiris halia keping-keping dan perap sekali dengan daging.

Selamat mencuba!

Sumber: Diaz Yushazlina

The following two tabs change content below.