berita

Resipi Mudah Sotong Goreng Rangup Tanpa Guna Minyak, Confirm Anak-Anak Suka!

June 30th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Elaine Lee

Menu sotong goreng sering kali menjadi pilihan seisi keluarga jika berkunjung ke mana-mana restoran. Apa yang lebih mengiurkan, apabila teksturnya yang rangup di bahagian luar dan juicy di dalam.

Artikel Berkaitan: Resipi Mudah Ayam Goreng Ala KFC Guna Air Fyer, Anak-Anak Pun Boleh Buat Sendiri! Memang Sedap

Artikel Berkaitan: Hanya Guna 3 Bahan, Ini Cara Mudah Buat Chocojar Yang Serius Sedap!

Artikel Berkaitan: Resipi Mudah Butter Cake Sedap Tak Perlu Guna Oven. Memang Gebu & ‘Moist’!

Seperti satu hantaran seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Elaine Lee di kumpulan Resipi Air Fryer Malaysia berkongsi resipinya membuat sotong goreng rangup. Memang sedap!

Bahan-bahan

Foto: Elaine Lee

1. Squid Ring (Sotong yang dipotong bulat) – 200g
2. Lada berperisa (brand Ajinomoto)
3. Bawang putih – 2 ulas (dicincang)
4. Daun bawang (dicincang)
5. Kuib pati ayam – (Separuh kiub)
6. Serbuk roti (Bread crumbs) – 5 sudu besar
7. Tepung – 3 sudu besar
8. Garam – 1 sudu kecil
9. Telur – 1 (dikacau)

Cara-cara

1. Basuhkan Squid Ring dengan air garam, kemudian lap hingga kering untuk digunakan kemudian.
2. Tumis bawang putih dan daun bawang yang dicincang, tambahkan kiub pati ayam, dan kemudian masukkan serbuk roti, tumiskan bahan-bahan tersebut hingga keperangan.
3. Masukkan 1 sudu garam ke tepung dan kacau rata.
4. Gaulkan squid ring dalam tepung kering hingga rata. Kemudian, celupkan squid ring ke dalam cecair telur. Seterusnya, gaulkan squid ring itu dalam campuran yang disediakan dalam langkah ke-2. Ulangkan 3 langkah ini untuk semua squid ring. Susunkan squid ring itu atas kertas pembakar (Baking paper) dan gosokkan minyak atas permukaan squid ring.
5. Panaskan air fryer dengan suhu 170c selama 5 minit. Masukkan squid ring ke dalam air fryer dengan suhu 170c dan bakar selama 10 minit. Selepas itu, putarkan squid ring dan bakar selama 5 minit.

6. Kemudian perasakan squid ring itu dengan lada berperisa, dan selamat menikmati.

Sumber: Elaine Lee via Resipi Air Fryer Malaysia

SKIP THIS AD ×