berita

Resipi Chicken Rice Ball Ala Ee Ji Ban, Sama Macam Di Melaka!

February 18th, 2019 | by Arini Saleh
MyResipi

Restoran Ee Ji Ban merupakan salah satu tempat makan paling terkenal dan menjadi tumpuan pelancong di Melaka. Keunikan nasi ayam yang dikepal menjadikan restoran ini mendapat perhatian pelbagai program TV seperti Jalan-Jalan Cari Makan dan Mad Market. Memang sedap!

Fara Amirullah menerusi Facebook kongsi resipi dan cara-cara membuat nasi ayam ala-ala Ee Ji Ban. Selepas ini, tak perlulah sampai ke Melaka, masak sendiri je di rumah!

Chicken Rice Ball

Hari tu holiday kat Melaka I makan kat Ee Ji Ban Chicken Rice Ball tu sedap sangat nasi ayam die buat ball-ball gitu, padat and lembut. So hari ni I try la buat sendiri setelah mengamati betul-betul rasa nasi ayam kat Ee Ji Ban tu hahaha.

Resepi still guna resepi yang sama yang I pernah share dulu boleh refer kat sini https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1859552297498044&id=100003298757646

Untuk nasi kepal, masak guna beras biasa

Untuk nasi ayam I tukar pakai beras biasa bukan Basmathi, and air I lebih kan supaya nasi lebih lembut and senang nak ball-ball kan die. Make sure masa nak uli nasi tu pakai sarung tangan plastik tu okay, kang nasi U cepat basi.

Menu yang paling mudah dan tak renyah nak buat. I selit kan resepi di setiap gambar ok

Cara-caranya

Ok first step untuk nasi ayam rebus ayam dengan sedikit halia, bawang putih and kiub ayam. Air letak banyak pon tak pe sebab nanti kita nak guna kan air tu untuk semua bahan nasi ayam.

Ni bahan untuk perap ayam yang dah siap direbus and sekali gus ni la kuah kicap kite

Bahan perap ayam

Nampak tak bertapa berkilatnya ayam tu? Tips ada kat resepi bawah

Tips nak bagi ayam tu nampak berkilat bila digoreng is gula melaka. Blend kan gula melaka, bawang putih, halia, kicap, sos cili and seafood sos lepas tu perap kan ayam yang dah direbus dalam sejam then goreng. Goreng jangan lama sebab ayam dah masak just nak bagi die berjus jee. Jaga api sebab ada gula melaka ayam akan cepat hangit.

Cara buat sambal sedap

Ni bahan untuk sambal nasi ayam. Bawang putih, cili besar, tomato, garam, gula dan sedikit cuka (rumah I ada apple vinegar ni je).

Dah blend kan sambal nasi ayam tu kalau U nak terus hidang pon boleh but I tak suka rasa cili mentah tu so I masak balik and tambah sikit sos cili.

Masak nasi pula

Nasi ayam I tak pakai sebarang pewarna, just guna planta, kiub ayam dengan air rebusan ayam tadi.

Untuk masak nasi-nasi special I guna beras Basmathi Pusa Gold ni. Kalau masak nasi biasa I guna beras biasa je.

Sumber : Fara Amirullah