berita

Resipi Roti Kukus Sosej Bersama Cheese Leleh!

February 20th, 2019 | by Hazurin
MyResipi

sosej

Sosej antara makanan yang disukai ramai tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa. Rasanya yang sedap serta mudah untuk disediakan pastinya menjadi makanan kegemaran seisi keluarga. Kali ini, kami nak kongsikan resipi roti sosej bersama lelehan keju yang melimpah-limpah. Jom cuba!

Bahan-bahannya

sosej

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Sosej
  • Roti hotdog
  • Cheese
  • Sos Thousand Island
  • Sos cili

Cara-caranya

1. Rebus sosej sehingga terapung.

2. Potong bahagian tengah roti dan selitkan sosej.

3. Letakkan sos Thousand Island. Kalau nak gantikan dengan Mayonis boleh jua ikut selera anda.

4. Lapiskan dengan sos cili pula. Nak gantikan dengan sos lada hitam juga boleh.

5. Lipatkan cheese (sekeping cheese untuk setiap roti), letak cheese pada bahagian tengah roti.

6. Masukkan roti dalam pengukus dan kukus selama 2 minit (api kecil) atau 1 minit (api sederhana).

Cheese meleleh-leleh

sosej

Sumber: SeaTea Sarah

The following two tabs change content below.