berita

Resort World Langkawi Menjanjikan Pengalaman Bercuti Bertaraf 5 Bintang Seperti Di Luar Negara!

May 16th, 2019 | by Azizi Rahman
Travelogue

Pulau Langkawi menjadi destinasi pilihan pelancong dan dinobatkan sebagai antara pulau terbaik di asia tenggara kerana mempunyai pemandangan yang indah serta flora dan fauna yang dijaga rapi.

Tiba di Langkawi korang pasti inginkan sebuah resort di mana boleh menenangkan fikiran dan melupakan kesibukkan kerja di ibu kota sambil menikmati pemandangan yang indah. Jangan risau, tempat yang terbaik dan sesuai untuk korang tinggal semasa bercuti di Pulau Langkawi semestinya Resorts World Langkawi.

Reka bentuk resort yang unik

Berkonsepkan seni bina Mediterranean dan dihiasi dengan sinaran cahaya dari terbit hingga terbenam matahari pasti memukau hati. Terletak hanya 25 minit dari lapangan terbang Langkawi, resort ini pasti menjadi pilihan utama. Suasana yang tenang, aman dan mempunyai privasi yang tersendiri membuat korang selesa berada di sini.

Sambil berjalan menikmati landskap indah di sekitar resort, korang juga boleh melihat dok di mana kapal-kapal pelayaran antarabangsa yang berhenti di situ selama satu atau dua hari. Rasa macam bukan kat Malaysia wei!

Pengalaman seperti berada di banglo mewah

Mempunyai jumlah 211 bilik, resort ini mementingkan keselesaan pengunjung dengan citarasa mewah serta tidak dilupakan pemandangan yang indah terus dari bilik korang. Terdapat lima pilihan bilik untuk korang pilih sama ada bilik Standard, Standard Seaview, Premier, Premier Seaview dan Signature Suite. Yang pasti bilik yang menjadi pilihan terbaik semestinya bilik yang menghadap laut kerana korang boleh lihat bertapa cantiknya sinaran matahari terbit melalui bilik.

Korang yang mempunyai keluarga besar dan inginkan pengalaman seperti berada dalam banglo mewah? Korang boleh pilih untuk bermalam di Signature Suite. Signature Suite benar-benar memberikan suasana mewah sambil menyajikan pemandangan laut yang tiada bandingannya. Tahap perkhidmatan yang terbaik dijanjikan untuk korang ketika berada di unit ini. Selain itu, unit ini juga dilengkapi dua bilik tidur, bilik massage, mini bar dan mini gym. Cukup untuk korang rasa seperti di rumah sendiri.

Kolam infiniti air masin yang sungguh menarik!

Jangan lepaskan peluang untuk bermandi-manda di kolam infiniti yang merupakan tarikan terbaru resort ini. Kolam air masin ini dibina melengkung dan yang paling menakjubkan ia kelihatan seperti bersambung terus dengan lautan membuatkan korang seolah-olah sedang berada di tengah lautan.

Bukan sahaja memberi manfaat kepada kulit kerana ianya air masin, tetapi ia juga menawarkan pemandangan panorama cukup indah termasuk boleh melihat Pulau Dayang Bunting yang menjadi lagenda tempatan suatu ketika dahulu. Selain itu, jika korang ingin mengadakan majlis di kawasan kolam ini, pihak resort sangat mengalu-alukan korang untuk membuat tempahan terlebih dahulu.

Pusat santai bersama keluarga

Selain itu, korang boleh lepak di ruang santai yang lebih chill dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan untuk melakukan aktiviti-aktiviti riadah di bilik aktiviti yang disediakan. Bilik tersebut dilengkapi dengan meja snooker, ping pong, foosball dan dart.

Bilik ini sungguh luas dan boleh memuatkan kumpulan yang besar dalam satu-satu masa.

Nikmati sajian terkenal yang menyelerakan

Seagull Coffeeehouse bukan sahaja menyajikan hidangan lazat menu tempatan dan antarabangsa sepanjang hari, ia juga menyajikan pemandangan Selat Melaka yang indah lagi menawan. Di buka dari jam 7 pagi hingga 11 malam, mulakan hari korang dengan menikmati sarapan yang enak berserta suasana yang indah.

Ciri reka bentuk restoran halal ini yang menyerupai warung menghidangkan sajian enak yang terkenal terutamanya hidangan Oxtail Asam Pedas, Gulai Ikan Goreng Kunyit dan Nasi Goreng Kampung.

Bagi yang ingin makan sambil ditemani cahaya lilin, korang boleh makan malam di Zest Boardwalk yang merupakan laluan berjalan kaki menghadap Tasik Dayang Bunting. Zest juga boleh diubah menjadi tempat makan malam buffet BBQ untuk majlis-majlis khas yang menawarkan makanan laut dan daging segar.

Disamping itu, korang juga berpeluang untuk memberi makan kepada ikan di tepi perairan laut. Pihak resort akan menyediakan roti untuk diberikan kepada ikan setiap hari pada jam 6.30 malam.

Pizza seperti di Italy

Apa terbaru di resort ini ialah Salt Shack Sports Bar dan Jingga Jingga Pizzeria yang dibuka dari jam 11 pagi hingga 1 pagi. Terletak betul-betul bersebelahan dengan kolam infiniti, menjadikannya tempat istirehat yang menjadi pilihan korang di waktu senja sambil menikmati segelas jus anggur.

Nikmati keenakkan pizza panas dari Italy di Jingga Jingga Pizzeria dengan pelbagai aneka pilihan seperti Marinara, Marghertia, Pepperoni, Del Popolo, Cherry Stone Clam dan banyak lagi.

Selain itu, korang juga boleh menikmati hidangan pasta yang pasti menambat selera anda seperti Spaghetti Pomodoro, Spaghetti Meatballs dan Spaghetti Aglio Olio yang penuh dengan makanan laut. Makan di sana dan anda bakal ditemani dengan persembahan band secara langsung pada setiap malam.

Melegakan tubuh badan dengan urutan tradisional

Bukan setakat hanya memenuhi perut korang, Resorts World Langkawi turut menyediakan perkhidmatan spa yang bertaraf lima bintang. Spa Taman Sari Royal Heritage mampu memberi ketenangan dan kesegaran pada badan dan minda korang. Menawarkan urutan tradisional seperti urutan Royal Javanese dan rawatan kecantikan Melayu, sesi spa di Taman Sari adalah satu kemestian untuk korang yang bercuti di resorts ini.

Aktiviti sukan air & rekreasi

Korang ingin mencabar diri dalam sukan-sukan lasak? Jangan risau, di resort ini juga menyediakan aktiviti sukan air dan rekreasi untuk korang termasuk jet ski, menyelam skuba, snorkeling dan memancing laut dalam.

Korang juga boleh mengikuti pengembaraan ke pulau-pulau berdekatan atau lawatan ke hutan paya bakau dan gua-gua. Pulau Langkawi juga dinobatkan sebagai Global Geopark UNESCO pada tahun 2001 atasa pemeliharaan 550 juta tahun geologi dan sejarah.

Sunset cruise yang romantis

Korang inginkan sesuatu yang romantik? Rasai pengalaman menaiki Sunset Cruise selama tiga jam sambil menikmati ketenangan laut dan melihat terbenamnya matahari di tengah laut selat melaka. Sambil menyusuri lautan, korang dijemput untuk makan malam BBQ yang disediakan di atas kapal serta minuman secara free flow. Korang juga boleh rasai sendiri jacuzzi air masin dari atas cruise ini. Pengalaman ini tidak boleh dirasai di tempat lain.

Bagi korang yang sedang berbulan madu, ini adalah salah satu aktiviti wajib apabila berada di resorts ini. Korang boleh menempah bilik siap dengan pakej menaiki cruise ini dengan harga yang berbaloi.

Resorts World Langkawi mempunyai segala fasiliti yang korang inginkan dengan tahap perkhidmatan lima bintang akan membuatkan percutian lebih bermakna. Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan resort korang boleh terus menghubungi pihak resort seperti yang tertera di bawah:

Resorts World Langkawi
Tanjung Malai, 07000 Langkawi
Kedah, Malaysia
Phone: (+6) 04- 955 5111
Website: www.rwlangkawi.com 

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×