berita

‘Go Ahead Nak Kata Apa Pun..’- Dituduh Mandul, Ini Respon Anzalna Nasir

November 2nd, 2018 | by Ash Nordin
Isu & Kontroversi

Soal mendapatkan zuriat semuanya ketentuan Allah S.W.T. Mungkin ada hikmah disebalik setiap kejadian yang berlaku. Sesetengah pasangan ada yang diberi rezeki dapat anak awal, manakala ada juga pasangan tunggu hingga beberapa tahun, tidak putus asa ikhtiar dan akhirnya dapat anak.

Bagi pelakon jelita, Anzalna Nasir berkata bahawa dia tidak mengendahkan komen-komen negatif serta mempersoalkan keupayaannya untuk mendapatkan zuriat.

‘Saya sudah usaha, tapi Allah tentukan..’

Anzalna Nasir berkata komen-komen negatif netizen mempersoalkan keupayaannya mendapatkan zuriat sedikit pun tidak melemahkan semangatnya, malah dia akan membuktikan satu hari nanti perkara yang baik akan berlaku pada diri dan keluarganya.

Saya tak peduli pun orang nak cakap apa tapi saya tahu Tuhan itu merancang segalanya jadi bagi saya suatu hari mereka akan tahu.

Kalau saya sendiri yang merancang saya bolehlah sentap dengan kata-kata sedemikian tapi ini semua ketentuan Allah.

Go ahead nak kata apa pun, saya tak ambil berat pun orang cakap apa pun.

Anzalna turut berkata dia tidak terlalu gopoh untuk mendapatkan anak memandangkan usia perkahwinan bersama suami, Hanif Zaki baru memasuki dua tahun.

Saya sudah usaha tapi Allah tentukan.

No rushlah, baru dua tahun kahwin, tak cukup lagi masau untuk bersama suami.

Biar puas-puas bersama, ada baby lagi best. Apapun, doa yang terbaiklah.

Sumber: Astro Awani

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×