berita

Respon ‘Deep’ Hazeman Huzir Terhadap Kenyataan Melayu Malas Kerja Tun M

September 8th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menerusi catatannya di dalam laman blog bertajuk ‘Tak Bekerja’ menegaskan orang Melayu agar merebut peluang pekerjaan dan tidak terus bergantung kepada belas kasihan orang lain. Hal ini menjadi punca kepada kedatangan warga asing selain turut membandingkan kerja keras yang dilakukan orang Melayu.

Kenyataan dari Perdana Menteri itu turut mendapat respon dari pelbagai pihak termasuk pengacara popular, Hazeman Huzir. Pengacara lelaki ini turut berkongsi pendapat dan pengalaman hidup mewakili suara belia yang masih bekerja keras demi memajukan diri sendiri.

Saya bukan membantah

Saya kerja untuk bersyukur

Saya kerja macam nak hidup seribu tahun

I am not lazy

Hazeman Huzir menerusi kenyataannya di laman Twitter memberi respon terhadap kenyataan Tun Dr Mahathir itu. Dia turut menyifatkan dirinya telah bekerja keras demi mengumpul wang mendapatkan sebuah rumah miliknya sendiri dalam usia yang belum cecah 30 tahun.

Malah, dia turut menasihati netizen agar menjaga kesihatan diri dan mendapatkan rehat serta beribadah kepada Tuhan setelah penat bekerja kerana itu adalah kewajiban setiap manusia.

Sumber: Hazeman Huzir,BERNAMA

SKIP THIS AD ×