berita

‘Kami Mohon Maaf’ – Enggan Subahat, Chef Nekad Berhenti Kerja & Pulang Ke Malaysia

December 7th, 2018 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Enggan bersubahat, empat orang tukang masak di sebuah restoran mempromosikan makanan halal di Jepun mendedahkan keadaan sebenar. Menerusi Metro TV, mereka mendakwa sumber daging yang diambil dari kilang bercampur dengan babi.

Mereka memohon maaf kepada rakyat Malaysia beragama Islam yang pernah menikmati juadah di situ. Sebagai tukang masak yang tahu perkara sebenar, mereka berasa sangat bersalah.

Kami mohon maaf

https://www.youtube.com/watch?time_continue=95&v=_ga40dutKIw

Nekad berhenti kerja dan pulang ke Malaysia, mereka memberitahu melihat sendiri bahan yang diproses dari kilang bercampur dengan babi.

Kami mohon maaf kepada rakyat Malaysia beragama Islam yang pernah makan di restoran itu.

Memang rasa bersalah sangat kerana kami tahu bahan yang disediakan seperti daging adalah tidak halal serta sijil halal yang dipamerkan juga dibuat sendiri pemilik restoran.

Harapan kami tiada lagi Muslim Malaysia tertipu dengan promosi halal di situ kerana kami sendiri lihat dan tahu bahan yang diproses dari kilang bercampur daging babi.

Dapat tahu ketika ambil bekalan mentah dari kilang

Restoran yang terkenal dalam kalangan pelancong Muslim dari Malaysia ini menawarkan makanan halal tanpa was was, malah pemiliknya turut mempromosikan di laman Facebook.

Sebelum ini, kami dimaklumkan restoran itu menyediakan menu halal dan menawarkannya kepada pelawat khususnya dari Malaysia untuk mendapat makanan halal tanpa was-was.

Tetapi Allah itu maha mengetahui apabila bulan lalu ketika mengambil stok bahan mentah dari kilang di Kobe, kami dapati daging yang dikatakan halal dicampur dengan daging babi dan dipotong menggunakan mesin sama.

Terkejut dengan keadaan itu, kami berjumpa pemilik restoran berbangsa Arab dan dia berjanji memastikan perkara berkenaan tidak berulang serta akan sertu mesin berkenaan untuk kegunaan restorannya.

Bagaimanapun, ia tidak berlaku menyebabkan kami mencari jalan menghebahkannya kepada seluruh rakyat Malaysia.

Hasrat mereka untuk mendedahkan keadaan sebenar dipermudahkan apabila berjumpa dengan wakil PPIM di sebuah program promosi halal.

Kami tidak mahu subahat

Bahan tidak halal yang dibekalkan

Setiap bulan, kami menerima pelanggan antara 1,500 hingga 2,600 orang mengikut musim dan bayangkan bagaimana rasa bersalahnya kami apabila menghidangkan makanan tidak halal kepada orang Muslim sehinggakan kami nekad berhenti.

Hujung bulan lalu, pemilik restoran mengadakan program promosi halal khusus untuk negara kita.

Di situ kami bertemu wakil PPIM Zulkarnain Abdul Rahman yang kebetulan dijemput sama dan kami ceritakan perkara sebenar untuk meminta bantuan.

Alhamdulillah, kami berhenti dan pulang ke Malaysia, Selasa lalu.

Niat kami cuma untuk memastikan tiada lagi rakyat Malaysia ditipu dan kami tidak mahu bersubahat dengan pemilik yang hanya menggunakan Islam sedangkan dia tidak mempunyai sijil halal yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Jepun. Itu yang dia sendiri maklumkan kepada kami.

Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan, memberitahu pihaknya sudah merujuk dan akan melakukan perbincangan dengan pihak JAKIM dalam masa terdekat.

Kita anggap isu ini serius kerana membabitkan soal halal dan restoran itu menjadi tumpuan rakyat Malaysia. Saya ucap terima kasih kepada empat cef ini yang berani tampil biarpun terpaksa mencari kerja lain.

PPIM juga ingin menasihatkan kepada warga Malaysia yang ingin mencari tempat makan halal di luar negara lebih berhati-hati agar tidak ditipu mereka yang ingin mengambil kesempatan.

Mereka juga berharap tiada lagi rakyat Malaysia yang tertipu dengan pemilik yang menggunakan nama Islam sedangkan dia tidak mempunyai sijil halal yang diiktiraf.

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×