
Sebuah restoran yang terletak di Jitra, Kedah iaitu Restoran Tok Keramat menawarkan ganjaran sebanyak RM30,000 kepada mana-mana pihak yang dapat memberi maklumat bagi membantu siasatan berhubung kes adik Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir yang didakwa maut kerana menjadi mangsa buli.
Artikel Berkaitan: ‘Memang Ada Patah & Kecederaan Pada Jasad Zara Qairina’ – Peguam
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Justice For Zara’: Ustaz Azhar Idrus Tegaskan Umat Islam Perlu Ambil Peduli Isu Saudara Seagama
Tawar ganjaran RM30,000
Menerusi TikTok, penasihat kepada restoran tersebut iaitu Sobri Zakaria memaklumkan ganjaran tersebut ditawarkan bagi memudahkan urusan pihak berkuasa menyiasat kes tersebut.
Bukan itu sahaja, mereka juga mahu individu yang bertanggungjawab dapat dikenakan tindakan sewajarnya.
Kami dari Restoran Tok Keramat akan memberi ganjaran sebanyak RM30,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat tentang kes adik Zara Qairina hingga (pelaku) tertangkap dan dihukum.
Wahai adik Zara Qairina, andai kami kalah dalam memperjuangkan hakmu di dunia, maafkan kami.
Sesungguhnya kami rakyat Malaysia bahkan dunia juga telah bersungguh-sungguh memperjuangkan hak dan menegakkan kebenaranmu.
Ya Allah, jadikanlah syurga sebagai tempat beristirehat kepadanya, Al-fatihah.
Perkongsian itu kemudian menyorot perhatian ramai dan sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 340,000 tontonan dan lebih 30,000 tanda suka.
Komen netizen


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan murni pihak restoran tersebut malah ada yang berhasrat menyumbangkan sedikit wang untuk membantu memudahkan urusan mereka.
Pada 31 Julai lalu, polis telah merakam keterangan 60 saksi berhubung kes kematian Zara Qairina termasuk tiga individu dengan nama ‘Kak Wana’, ‘Kak Dedeng’ dan ‘Tomboi’ iaitu antara nama disebut mempunyai kaitan dengan kes kematiannya.
Pada 16 Julai lalu, Zara Qairina ditemui pada kira-kira jam 3 dalam keadaan parah di bawah bangunan asrama sebelum dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) di Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.
Bagaimanapun, pelajar itu meninggal dunia di hospital keesokan harinya dengan laporan awal mengatakan dia terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolah.
Sumber: TikTok






![[VIDEO] ‘Saya Harap Kebenaran Akan Berpihak Kepada Kami’ – Caprice](https://asset.ohbulan.com/2026/08/caprice-3.jpg)

