berita

‘Saya Mahu Kongsi Dengan Arwah Ayah’ – Gadis Bawa Result Cemerlang PT3 Ke Kubur Undang Sebak

December 14th, 2018 | by faris
Kini Trending

Keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 diumumkan seluruh negara semalam. Seramai 425,251 calon menduduki peperiksaan itu di seluruh negara pada Oktober lalu.

Perkongsian 2 keping foto calon cemerlang, Zahra Al-Haiyyan Md Nor membuatkan pengguna laman sosial sebak. Zahra menceritakan kisah disebalik Tweetnya yang mencecah hampir 3 ribu likes di laman sosial itu.

Terus ke kubur arwah ayah

Menurut Zahra, dia terus ke kubur arwah ayahnya itu sejurus selepas mendapat keputusan pada pagi Khamis. Dia besyukur kerana meraih 8A 2B walaupun hanya menjangkakan mendapat 6 A sahaja.

Setelah ambil keputusan PT3, saya terus ke kubur arwah ayah bersama ibu, tapi setiap hari nak pergi sekolah pun memang akan lalu tapak perkuburan tu.

Saya pergi semalam sebab dah janji dengan arwah ayah, walau sekecil mana pun kejayaan saya, saya mahu kongsi dengan arwah sebab dia banyak beri sokongan kepada saya.

Alhamdulillah, mak saya pun gembira semalam. Saya sasarkan untuk dapat 6A sahaja, tapi akhirnya dapat 8A 2B.

Bercita-cita jadi juruterbang

Menurut pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan King George V, Seremban ini, dia pada mulanya menyimpan hasrat menjadi pramugari namun ayahnya mencadangkan dia belajar bersungguh-sungguh untuk bergelar  juruterbang.

Waktu penerbangan terakhir dengan ayah, masa tu kami balik ke Kedah, saya bagitahu dia saya nak jadi pramugari. Tapi arwah ayah suruh belajar bersungguh-sungguh dan jadi juruterbang.

Zahra juga turut mendedikasikan kejayaannya itu untuk ibunya, Rozita Kamil yang banyak berkorban bagi memastikan segala keperluan pelajaran terjaga.

Ibu sentiasa mencari ruang dan waktu untuk bersama saya, dia sentiasa berusaha menguruskan pengangkutan saya ke kelas malam, ke sekolah, ke tuisyen, dan sanggup mengorbankan masa rehatnya untuk bawa saya membeli buku rujukan walaupun kedai agak jauh dari rumah.

Setiap kali saya bangun malam, mesti sejadah terbentang mendengar umi merintih kepada Tuhan. Saya rasa saya bukanlah seorang yang kuat belajar, tetapi melihat umi berusaha keras untuk membesarkan anak-anaknya seorang diri, saya rasa keputusan yang cemerlang ini telah membuatkan dia sebagai wanita paling bahagia di dunia.

Terima ucapan tahniah netizen

Sumber: Zahra

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×