berita

‘Resume’ Doktor Muda Cari Calon Isteri Tarik Perhatian

September 8th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Kreatif dan unik! Itu yang boleh digambarkan terhadap tindakan seorang jejaka, Naquib Hasief, yang membuat ‘resume’ lengkap bagi mencari pasangan sehidup sematinya.

Beliau menggunakan platform media sosial di Twitter, untuk mencari bakal calon isteri dan turut meletakkan beberapa syarat yang perlu diikuti sebelum layak menjadi isterinya.

Resume lengkap

Foto: Naquib

Posting Naquib di Twitter yang berjaya meraih 4.7k retweet dan 5.3k like daripada orang ramai. Walaupun terbuka dengan bakal jodohnya nanti namun Naquib tetap meletakkan beberapa kriteria yang perlu diikuti untuk layak mendapatkan jawatan tersebut.

Antara syarat yang diletakkan ialah wanita tersebut mestilah mempunyai pelajaran yang tinggi, matang dan sopan santun. Naquib turut menjelaskan bahawa bakal isterinya hanya perlu gelak 24/7 dengan lawak yang diberikan dan akan dibawa untuk berjumpa keluarganya.

Menerusi resume itu juga, Naquib telah menjelaskan dengan terperinci mengenai minatnya, kelebihan dan keburukannya supaya bakal jodohnya dapat tahu serba sedikit mengenainya. Lebih menakjubkan apabila beliau turut meletakkan honest review dari ahli keluarga, dan rakan terdekat mengenai sifat peribadinya.

Slide DM kalau berminat

Foto: Naquib

Naquib turut menjelaskan sesiapa yang berminat boleh direct message kepadanya di Twitter untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai jawatan yang ditawarkan ini. Beliau bersedia untuk menjawab segala persoalan yang bakal ditanya kepadanya.

Jika anda berminat untuk menjadi isteri kepada Naquib bolehlah cuba, mana tahu Naquib bakal calon suami anda.

Sumber: Naquib

SKIP THIS AD ×