berita

Return Rania : Ibu Rayu Anak Dipulangkan Selepas 129 Hari Dilarikan Suami

December 16th, 2014 | by Wan
Kini Trending

rania

Sekitar Ogos lalu seorang wanita Yasmin Karim bertindak memuat naik salinan laporan polis di laman Instagram miliknya setelah mendakwa dipukul oleh suaminya yang merupakan kakitangan AirAsia. Lebih malang, anak perempuan mereka Rania yang berumur 2 tahun turut dilarikan suami dan sehingga kini tidak dibenarkan untuk berjumpa.

Menurut Yasmin lagi, mahkamah telah mengeluarkan surat perintah dan memberikannya hak jagaan sementara selaku ibu kandung namun sehingga hari ini percubaannya dihalang oleh keluarga si suami.

report

Yasmin bagaimanapun tidak pernah patah semangat dan berusaha untuk mendapatkan kembali anaknya. Terbaru, Yasmin bertindak membuat satu page di Facebook iaitu Return Rania bagi berkongsi dengan orang ramai tentang penderitaan yang dialami.

Rata-rata orang ramai bersimpati dengan nasib yang menimpa Yasmin dan memberikan kata-kata semangat kepada dirinya agar terus kuat. Iyalah ibu mana sanggup berjauhan dengan anak yang masih kecil.

2

4

Kami berharap agar kes ini dapat diselesaikan dengan segera dan jika benar wanita ini teraniaya seperti yang didakwa, moga keadilan berpihak kepada dirinya. Korang boleh ke laman Facebook milik Yasmin untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kes ini.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×