berita

Rev Asia Umum Kerjasama Dengan Ziff Davis LLC, Kembang ‘Mashable’ Ke Asia Tenggara

September 26th, 2018 | by Arini Saleh
Shout Out!

Media Prima Digital menerusi anak syarikat, Rev Asia Holding Sdn Bhd pada 25 September 2018 mengumumkan telah menandatangani perjanjian usahasama dengan syarikat media digital US, Ziff Davis LLC. Usahasama ini membolehkan operasi Mashable Southeast Asia (sea.mashable.com) kepada pembaca di seluruh Indonesia, Malaysia, Filipina dan Singapura.

Mashable capai 70 juta pengunjung sebulan

Menjadi sebuah jenama di bawah Ziff Davis semenjak 2017, Mashable mencapai sehingga 70 juta pengunjung setiap bulan. Di media sosial pula, Mashable sehingga kini berjaya mengumpul sebanyak 28 juta pengikut. Ditubuhkan pada tahun 2005 sebagai sebuah blog berkisarkan teknologi, kini Mashable telah menjadi sumber maklumat kepada rangkaian teknologi, hiburan dan sebagainya.

Menerusi perjanjian ini pula, Mashable akan mengkaji dan menstruktur semula kandungan bersesuai dengan rantau asia. Sementara itu, Digi Telecommunications antara pengiklan yang komited dalam pelancaran laman Mashable ini.

Gabungan dua nama terkenal

Pengarah Urusan Rev Asia, Voon Tze Khay memberitahu sangat berbangga dengan usahasama ini dan berharap gabungan ini dapat mengukuhkan kedudukan mereka sebagai kumpulan media digital nombor satu di Malaysia.

Kami sangat berbangga akhirnya dapat berkolaborasi dengan sebuah jenama antarabangsa yang pesat berkembang di dunia. Kami juga percaya, gabungan ini dapat menguatkan lagi jenama dan platform digital yang sedia ada.

Bukan sahaja menfokuskan kepada kandungan Mashable yang sudah bertaraf antarabangsa, kami juga akan terus menyampaikan informasi terkini mengikut kepada rantau semasa.

Rafiq Razali, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital pula memberitahu sangat teruja mempunyai jenama antarabangsa menyertai keluarga Rev Asia.

Rev Asia, salah sebuah syarikat penerbitan digital terbesar di Asia Tenggara adalah perintis dalam memberikan idea dalam kandungan penerbitan. Manakala, Mashable pula merupakan sumber yang diiktiraf dan dipercayai di seluruh dunia. Kami percaya ini akan membantu mempercepatkan pertumbuhan pasaran digital di serantau dunia.

Bagi pihak Ziff Davis pula, Adam Doree berasa sangat gembira kerana dapat mewujudkan kerjasama dengan syarikat media terbaik iaitu Rev Asia dan Media Prima Digital. Ini merupakan perjalanan baru bagi Mashable untuk mengembangkan lagi perniagaan di Asia Tenggara.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×