berita

REV Media Group Dilantik Sebagai Rakan Strategik Platform Digital MyMall

August 22nd, 2022 | by Wan
Kini Trending

Satu memorandum persefahaman telah ditandatangani antara REV Media Group (RMG) dan MyMall melalui SME Bank, mencipta sinergi dalam usaha membantu para usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia.

RMG telah dilantik oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sebagai rakan strategik untuk inisiatif MyMall ini.

Bantu usahawan

Acara pertukaran memorandum persefahaman antara MyMall dan rakan-rakan strategik telah disaksikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob di Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Selangor bertempat di Rerurai Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) di Tapak Karnival, Perkarangan Stadium Shah Alam, Selangor Darul Ehsan pada Jumaat lalu.

KUSKOP telah memperkenalkan sebuah platform digital yang dinamakan MyMall. MyMall adalah platform pembangunan ekosistem keusahawanan yang dikhususkan kepada usahawan serta produk-produk tempatan. MyMall merangkumi empat paksi utama; e-dagang, latihan, pembiayaan, dan pemasaran.

Sebagai rakan strategik, RMG akan membantu para usahawan PKS di Malaysia dengan memberikan peluang kepada mereka untuk menggunakan khidmat platform pengiklanan REV Ad Manager (RAM).

RAM adalah gandingan bersama REV Media Group dan Dattel Asia Group, sebuah syarikat data dan analisis pengguna yang menawarkan satu penyelesaian unik dalam memperkasakan jenama dan agensi untuk menyasar audiens berdasarkan pandangan pengguna strategik.

Ketua Pegawai Operasi RMG, Nicholas Sagau berkata RMG akan memberikan kredit percuma kepada para usahawan PKS dan ahli komuniti perniagaan MyMall untuk mereka mula mengiklankan produk dan perkhidmatan perniagaan mereka

RAM dikuasakan dengan teknologi Artificial Intelligence (AI) untuk menyasar audiens dengan lebih baik. Kami yakin REV Ad Manager (RAM) dapat membantu para usahawan ini mendapatkan capaian yang lebih luas dan dapat memanfaatkan data dari platform ini untuk membuat keputusan pemasaran yang baik.

Para usahawan PKS akan dibantu oleh REV Marketing Partners, rakan kongsi platform RAM untuk proses pemasaran produk dan perkhidmatan di MyMall.

SKIP THIS AD ×