berita

REV Media Group Kekal Unggul, Dinobat Penerbit Digital Terbaik Tiga Tahun Berturut-turut!

May 12th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Syarikat kepada banyak jenama terkenal, REV Media Group (RMG) sekali lagi telah dinobatkan sebagai ‘Penerbit Digital Terbaik’ buat kali ketiga berturut-turut oleh Malaysian Digital Association (MDA) d Awards 2022, semalam.

Anugerah Emas Penerbit Digital Terbaik

Kemenangan Anugerah Emas buat kali ketiga berturut-turut setelah kategori ini diperkenalkan pada tahun 2019 mengukuhkan lagi visi RMG untuk menjadi syarikat digital Malaysia #1 dari segi capaian, pengekalan dan hasil.

Ketua Pegawai Eksekutif RMG, Samuel Wee berkata, semua ini tidak akan berlaku tanpa teras DNA syarikat iaitu para pekerja.

Setiap orang memainkan peranan yang sangat penting dalam menjadikan siapa kami pada hari ini dengan usaha dan dedikasi mereka yang tidak pernah putus. Jadi, segala kepujian adalah kepada mereka. Mari bersama-sama kita teruskan usaha agar lebih banyak kejayaan dapat dicipta.

Ketua Pegawai Eksekutif RMG, Samuel Wee (kiri) dan Ketua Pegawai Operasi RMG, Nicholas Sagau (kanan).

Tambah Ketua Pegawai Operasi RMG, Nicholas Sagau, kejayaan buat kali ketiga ini merupakan satu penghormatan.

Kejayaan mengekalkan gelaran ini buat kali ketiga berturut-turut merupakan satu penghormatan. Kami tidak akan berhenti dan ini hanya bermakna kami akan berusaha lebih bersungguh-sungguh lagi untuk memberikan yang terbaik dari yang terbaik kepada pengguna dan pelanggan kami.

Anugerah Perak Kempen Integrasi Media Terbaik

Selain membawa pulang Anugerah Emas, RMG juga telah memenangi Anugerah Perak untuk Kempen Integrasi Media Terbaik melalui kempen Disney+ Hotstar Launch 2021. Turut hadir bersama menerima anugerah tersebut, Stephanie Wong Pui Tse, Ketua Pegawai Operasi, Media Prima Omnia dan Adrina Choy, Pengurus Besar Jualan, REV Media Group.

RMG telah menetapkan matlamat yang strategik untuk terus memanfaatkan kedudukan utama mereka menggunakan ‘Best in Class Adtech & Martech’ (Advertising & Marketing Technology). Setiap bulan, lebih 15,851,000 juta rakyat Malaysia mengakses aset digital RMG (Media Prima), jadi penggunaan teknologi yang terbaik akan bergerak seiring dalam memberikan pengalaman terbaik kepada pengguna RMG dan pengiklan mereka.

d Awards dianjurkan oleh Malaysian Digital Association untuk mengenal pasti dan menghargai bakat, agensi, jenama, penerbit dan pembekal perkhidmatan digital yang menerima dan menggunakan teknologi digital.

SKIP THIS AD ×