
REV Media Group, peneraju media digital di Malaysia, kini melangkah ke Fasa 2 kempen Halal Travel dengan membawa pendekatan baharu yang menekankan kesejahteraan diri serta perjalanan berteraskan nilai Islam.
Fasa 2 Halal Travel
Inisiatif ini menampilkan konsep kembara yang bukan sekadar untuk bersantai, tetapi juga sebagai ruang untuk memperbaiki jiwa, memberi ketenangan serta memperkukuh hubungan rohani.
Kempen yang berlangsung dari Julai hingga September 2025 ini menggabungkan kekuatan empat platform popular iaitu MyResipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia.
Menurut Muhamad Shaifullah Tayep iaitu Penulis Kandungan Tajaan Kanan REV Media Group, melalui kolaborasi ini, Halal Travel memberi tumpuan kepada kandungan yang menyentuh aspek healing, refleksi kendiri serta gaya hidup seimbang yang selari dengan syariat.
Perjalanan memiliki kekuatan untuk bukan sekadar membuka minda, malah memulihkan jiwa.
Kami ingin menunjukkan bahawa perjalanan berteraskan kasih sayang, keinsafan dan nilai-nilai Islam boleh menjadi bentuk penyembuhan yang sangat bermakna. Justeru, melalui Halal Travel Fasa 2, kami menyediakan platform dan panduan yang dipercayai bagi membantu mereka merealisasikan pengalaman tersebut.
Antara yang diketengahkan termasuk resort halal dengan kemudahan rawatan kesihatan, lokasi alam semula jadi yang menyediakan ruang solat serta aktiviti yang memberi peluang untuk muhasabah diri.
Sebagai pelengkap, REV Media Group turut melancarkan hab digital Halal Travel di www.myresipi.com/halaltravelmy, sebuah laman mikro yang menyediakan panduan menyeluruh sebelum dan semasa perjalanan.
Kandungan yang ditawarkan meliputi senarai makanan halal, etika perjalanan Muslim, destinasi pilihan dan penunjuk arah kiblat dan waktu solat secara langsung.
Untuk menggalakkan penyertaan masyarakat, kempen ini turut mengadakan #HalalTravelMY Photo Contest dengan hadiah menarik seperti set bagasi dan rawatan spa daripada WOWSHOP serta Urban Retreat Spa.
Cara sertai:
1. Muat naik gambar percutian halal anda di ruangan komen hantaran rasmi peraduan di Facebook.
2. Pilih salah satu platform (MyResipi, Sirap Limau, VOCKET atau Waktu Solat Malaysia).
3. Gunakan hashtag rasmi #HalalTravelMY untuk melengkapkan penyertaan.
Untuk maklumat lanjut dan kisah inspirasi, layari www.myresipi.com/halaltravelmy atau ikuti MyResipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia di media sosial.