Penerbit Digital terkemuka Malaysia, Rev Media Group melancarkan Halal Travel yang merupakan kempen dinamik untuk memberi inspirasi dan memperkasakan para pengembara Muslim di seluruh dunia dengan penyelesaian perjalanan mesra halal yang praktikal.

Artikel Berkaitan: Penuh Emosi! REV Media Group Ceriakan Komuniti Kurang Berkemampuan Dengan Tayangan Istimewa Ejen Ali The Movie 2

Artikel Berkaitan: Diiktiraf Top 4 Destinasi Pelancongan Mesra Muslim Dalam Kalangan Bukan OIC! Jom Jelajah Hong Kong!

Halal Travel

Inisiatif ini diterajui oleh empat platform digital utama REV Media Group iaitu My Resipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia.

Usaha ini telah bermula dari Mei hingga Disember tahun ini. Halal Travel memastikan setiap perjalanan bukan sahaja bermakna tetapi juga selari dengan nilai-nilai Islam.

Menurut Penulis Kanan Kandungan Tajaan di REV Media Group iaitu Muhamad Shaifullah Tayep, usaha ini dapat membantu para pengembara Muslim yang menghadapi cabaran untuk mendapatkan kawasan mesra Muslim.

Mengembara adalah sesuatu yang sangat digalakkan dalam Islam, namun pengembara Muslim sering menghadapi cabaran untuk mendapatkan makanan halal, ruang solat atau pengalaman yang menghormati budaya.

Melalui Halal Travel, kami ingin merapatkan jurang itu dan memudahkan umat Islam menjelajah dunia dengan yakin dan tenang.

Empat platform digital utama REV Media Group ini menawarkan pengalaman menyuruh yang memenuhi keperluan pengembara Muslim.

Platform My Resipi mengetengahkan ekslporasi kulinari halal, dengan panduan makanan, hidangan tempatan yang wajib dicuba dan resipi DIY untuk mereka yang gemar memasak.

Sirap Limau pula memberi tumpuan kepada percutian keluarga dengan cadangan destinasi mesra kanak-kanak, tempat makan halal dan petua untuk ibu bapa Muslim.

Selain itu VOCKET menyasarkan pengembara solo dan backpacker dengan laluan bajet, lokasi tersembunyi, makanan jalanan halal serta tip keselamatan.

Waktu Solat Malaysia melengkapkan kesemua platform ini dengan keperluan spiritual seperti waktu solat yang tepat dan arah kiblat.

Kempen Halal Travel

Berkongsi lebih lanjut, Shaifullah menyatakan bahawa Halal Travel ini membantu dalam memudahkan beribadah dan kesedaran budaya.

Halal Travel bukan sekadar tentang makanan, ia tentang rasa dihormati dan selesa di tempat asing.

Kempen ini turut menekankan pentingnya menyediakan itinerari perjalanan mesra Muslim dengan panduan yang merangkumi restoran halal, lokasi solat dengan waktu yang tepat dan arah kiblat, serta pengalaman budaya yang selari dengan nilai Islam.

Kandungan ini bukan sekadar untuk inspirasi.

Tetapi sebagai rujukan praktikal yang menyokong setiap peringkat pengalaman perjalanan Muslim.

Dalam pada itu, Halal Travel menawarkan tip perjalanan penting dan nasihat keselamatan untuk membantu pengguna tentang urusan ketika berada di lapangan terbang, memahami sistem pengangkutan awam dan mengekalkan pematuhan halal sepanjang perjalanan.

Kempen ini dilaksanakan mengikut tema. Fasa 1 berlangsung dari Mei hingga Jun ini manakala Fasa 2 bermula dari Julai hingga September.

Akhir sekali, iaitu Fasa 3 yang bakal berlangsung dari Oktober hingga Disember dengan memberi tumpuan pada pakej mesra keluarga sempena cuti sekolah yang menawarkan destinasi menarik.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.myresipi.com/halaltravelmy dan ikuti My Resipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia di Facebook, Instagram dan TikTok untuk mendapatkan tip, panduan dan kemas kini kempen.