berita

REV Media Group Terus Dominasi Inovasi Teknologi & Pemasaran Digital, Bersinar Dalam Kategori Baharu

June 26th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

REV Media Group (REV) yang merupakan sebuah syarikat media digital terkemuka terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju industri dalam menunjukkan komitmen mereka untuk terus maju ke hadapan dan meneroka sempadan baru.

Artikel Berkaitan: REV Media Group Kekal Unggul, Dinobat Penerbit Digital Terbaik Tiga Tahun Berturut-turut!

Bersinar dalam kategori baharu

Pada Jumaat lalu, Rev telah dinobatkan sebagai pemenang dalam beberapa kategori baru sekaligus menunjukkan kekuatannya dalam inovasi teknologi digital dan pemasaran di MDA d Awards 2023.

Antara pencapaian terbaik REV pada malam anugerah itu apabila diiktiraf sebagai Best Digital Tech Product (Emas) untuk MyUndi, produk teknologi digital inovatif yang merevolusikan penyertaan warganegara dalam proses demokrasi.

Membawa ‘Holistic Digital Experience for GE15’ sebagai tajuk, pengalaman pengguna MyUndi yang lancar memberi peluang kepada individu untuk terlibat seperti sebelumnya, seterusnya menjadikan REV sebagai peneraju utama dalam memanfaatkan teknologi untuk pemerkasaan warganegara.

Bukan itu sahaja, kolaborasi yang dijalinkan REV dengan SAYS dan Wiki Impact turut menghadiahkan kemenangan dalam kategori Best Use of Digital Marketing Innovation – Non-profit/Pro-bono Campaign (Emas).

Kemenangan REV bagi kategori ini membuktikan komitmen REV dalam memberikan impak yang bermakna melangkaui platform digital mereka melalui kempen bersama yang berjudul “Shining a Spotlight on Everyday Malaysians”.

Disamping itu, REV Media Group turut memperoleh anugerah Perak dalam kategori Best Digital Publisher of the Year yang terus menunjukkan dedikasi mereka dalam memperjuangkan evolusi data dan kandungan.

Kemenangan ini menonjolkan pencapaian kecemerlangan REV dan memberi peluang untuk memperkukuhkan kedudukan mereka dalam industri dengan memperkuat usaha dalam inisiatif ESG.

Bukan itu sahaja, tumpuan mereka yang tidak berbelah bahagi pada inovasi dan pengalaman yang berpusat pada pengguna telah meletakkan REV sebagai pelopor dalam landskap media digital.

REV dilihat terus cemerlang pada malam anugerah itu apabila Kempen Grabfood 5-Star yang dilakukan REV membantu mereka meraih anugerah Perak untuk Best Use of Data.

Melalui kempen ini, REV berjaya memadankan peminat makanan dengan restoran bertaraf tinggi di GrabFood, memberikan pengalaman yang diperibadikan dan lancar bagi pengguna melalui cara penggunaan cerapan dan analitik berpandukan data sekaligus membuktikan kepimpinan REV dalam memanfaatkan data untuk kecemerlangan pemasaran.

Kerjasama REV dengan IKEA juga membawa kemenangan buat syarikat media digital ini apabila meraih Perak bagi kategori Best Use of Mobile melalui  satu inisiatif berpaksikan mudah alih, mengubah persepsi orang ramai terhadap tidur dan menekankan kepentingannya iaitu Festival Tidur yang menawan.

Festival ini berjaya mengukuhkan reputasi REV sebagai inovator dalam pemasaran mudah alih dengan cara melibatkan audiens dan meningkatkan kesedaran mengenai tidut.

Terakhir, Ledwina In Jia Fang, Ketua Spark di REV Media Group juga membawa pulang anugerah Perak untuk Digital Person of the Year.

Sedia kukuhkan kedudukan sebagai peneraju industri

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif di REV Media Group, Samuel Wee, menyatakan bahawa kemenangan yang diperoleh REV membuktikan bahawa mereka mempunyai azam yang kuat dalam memberikan impak positif melalui teknologi pemasaran.

Kemenangan dalam kategori baharu ini mempamerkan keazaman kami untuk memberi impak positif melalui teknologi dan pemasaran. Kami tetap teguh dalam usaha kami untuk mengukuhkan kedudukan kami sebagai peneraju dalam industri dan meningkatkan inisiatif ESG kami.

Bukan itu sahaja, Sam yakin bahawa pencapaian luar biasa REV Media Group pada malam anugerah itu mencerminkan ketahanan, kepintaran, dan usaha mereka yang tidak berbelah bahagi untuk mencapai kecemerlangan. Dengan tumpuan yang diperbaharui pada produk teknologi digital dan inovasi pemasaran, REV bersedia untuk memberi impak yang berkekalan dalam landskap media digital, mengukuhkan kedudukan mereka sebagai peneraju industri.

OhBulan! kongsikan 6 kemenangan yang berjaya diraih REV Media Group di MDA d Awards 2023

  1. Emas – Best Digital Tech Product – MyUndi (Holistic Digital Experience for GE15)
  2. Emas – Best Use of Digital Marketing Innovation – Non-profit/Pro-bono Campaign, (Shining a Spotlight on Everyday Malaysians
  3. Perak – Best Digital Publisher of the Year (How REV is Championing the Evolution of Data & Content) *(Tiada pemenang Emas untuk kategori ini)
  4. Perak – Best Use of Data (Grabfood 5-Star: Matchmaking Foodies to 5-Star Rated Restaurants on GrabFood
  5. Perak – Best Use of Mobile (How We Sparked A Sleep Revolution with IKEA’s Sleep Festival)
  6. Perak – Digital Person of the Year (Ledwina In Jia Fang)

SKIP THIS AD ×