
Kempen REV Media Group membuktikan bahawa membezakan AI dengan manusia sebenar bukanlah sesuatu yang mudah.
Artikel Berkaitan: REV Media Group Rangkul Tujuh Anugerah Di MDA d’Awards 2025
Artikel Berkaitan: Rev Media Group Lancar Kempen Halal Travel Untuk Bantu Pengembara Muslim
Real ke AI?

AI sememangnya memberi banyak manfaat, namun semakin sukar untuk kita mengenal pasti yang mana benar dan yang mana dihasilkan teknologi. Atas sebab itu, REV Media Group tampil dengan kempen REAL ke AI? yang mengajak rakyat Malaysia meneka serta belajar bagaimana AI mampu mengelirukan mata dan telinga kita.
Cabaran pertama adalah mencari penyamar. Empat individu kelihatan seperti biasa, namun salah seorang daripadanya merupakan hasil janaan AI. Boleh teka yang mana satu? Menariknya, ramai meneka Fanyi, Pakar Strategi Media Sosial, kerana wajahnya yang kelihatan terlalu sempurna.
Seterusnya, infografik ini menguji minda anda. Teka kandungan yang berlabel AI, kenal pasti wajah yang telah ditukar, serta bezakan suara sebenar dengan suara AI. Sejauh mana tajamnya deria anda?
Cabaran ketiga melibatkan suara. Taro menerima panggilan daripada rakannya iaitu Sha yang meminta wang, namun suara itu kedengaran mencurigakan kerana sebenarnya dihasilkan AI. Kalau situasi ini berlaku pada anda, apa pilihan anda — terus pindahkan wang, buat panggilan semula, atau abaikan sahaja?
Turut tular gambar perarakan Hari Kebangsaan dimana kemeriahan dipaparkan melalui gelagat ‘doktor sado’ dan seekor kucing oren berkawad bersama unit K9. Namun, jangan lupa bahawa tidak semua yang tersebar di media sosial itu sahih. Pastikan semak dan fikir dahulu sebelum berkongsi.
Dan ini baru permulaan. Akan ada lagi kandungan REAL ke AI? dekat Instagram @revmedia.my, dan korang pun boleh jumpa dekat @saysdotcom, @rojaklah, dan @ohbulanofficial.
REAL ke AI? ialah usaha Malaysia untuk penggunaan AI yang bertanggungjawab — bantu kita semua lebih peka, kongsi benda yang sahih, dan memainkan peranan masing-masing.
#REALkeAI #FactCheckBeforeYouAct








