Korang tahu tak Unifi dah lancarkan platform Unifi TV 2.0 baharu?

Kali ini dengan pendekatan semua dalam satu, katanya banyak penambahbaikan yang telah dibuat untuk menjadikan platform Unifi TV lebih fleksibel dan mesra pengguna.

Persoalannya, adakah ia berbaloi untuk dilanggan?

Setelah seminggu menggunakan aplikasi ini, terus terang… min boleh katakan ini bukan sekadar naik taraf tapi transformasi penuh untuk membolehkan rakyat Malaysia menikmati kandungan hiburan pada harga terbaik dengan jaringan internet pantas tanpa had.

Unifi TV jadi super app untuk semua saluran & aplikasi penstriman

Unifi TV 2.0

Perubahan paling ketara yang korang akan dapat lihat ialah bagaimana Unifi TV kini menyediakan semua saluran premium dan platform streaming dalam satu aplikasi. Masa scroll home screen, korang boleh nampak banyak rancangan menarik yang korang boleh save dalam watchlist melalui telefon pintar. 

Nampak la yang Unifi TV nak memperbanyakkan penstriman melalui aplikasi menggunakan telefon pintar berbeza dengan dulu, di mana aplikasi penstriman hanya boleh digunakan dengan adanya Unifi TV Box sahaja.

Kandungan yang tersedia termasuk:

  • Netflix
  • Disney+ Hotstar
  • HBO Max
  • beIN SPORTS
  • iQIYI
  • Dan lebih daripada 20 aplikasi penstriman serta 70 saluran premium.

Cakap je korang nak tengok saluran apa… Semua ada! Dan boleh diakses melalui satu akaun, satu platform.

Bukan itu sahaja, kini aplikasi Unifi TV boleh diakses menggunakan telefon pintar, tablet, Android TV box, dan Smart TV. Buka di banyak peranti sekaligus pun takde masalah.

Unifi TV 2.0 perkenal pakej fleksibel, pertama di Malaysia

Selain dapat menikmati pelbagai saluran dan aplikasi penstriman dalam satu platform, Unifi TV 2.0 kini turut memperkenalkan pakej yang cukup fleksibel di mana pelanggan kini mempunyai kuasa untuk memilih dan membina sendiri pakej hiburan mereka, sesuai dengan citarasa masing-masing. 

Mereka boleh campur-campur, tukar-tukar hiburan yang mereka suka tanpa ada sekatan.

Fungsi ini diperkenalkan bagi membolehkan pelanggan memilih aplikasi penstriman dan saluran yang hanya mereka inginkan tanpa rasa terbeban melalui pakej “Build-Your-Own Pack”

Berikut adalah kelebihan fungsi “Build Your Own Pack”:-

  1. Korang boleh bina sendiri pakej hiburan (pilih saluran penstriman dan aplikasi yang korang nak sahaja
  2. Boleh tukar saluran dan aplikasi penstriman pada bila-bila masa, ikut mood je
  3. Tiada kontrak, tiada penalti
  4. Termasuk 16 saluran percuma
  5. Ditawarkan pada harga promo serendah RM16/sebulan, kepada semua pelanggan dan bukan pelanggan Unifi, promosi terhad!

Selain itu, Unifi TV juga turut menawarkan 12 pakej lain yang bundle-kan saluran dan aplikasi penstriman, yang dibina sesuai dengan keperluan pengguna, antaranya adalah:

  • Kids Pack (kandungan untuk anak-anak)
  • Super Star Pack (akses penuh ke semua saluran & aplikasi premium dalam satu langganan)
  • Netflix/Disney+/Max Plus Pack (akses ke aplikasi penstriman terbesar kini dengan semua saluran Unifi TV)

Interface yang lebih canggih

Disamping itu, kami dapati terdapat peningkatan besar antaramuka (UI) aplikasi Unifi TV 2.0 terbaru. Antara penambahbaikan yang dapat dilihat adalah:-

  • Universal Search (semua saluran & aplikasi boleh dilakukan dalam satu carian)
  • Personalized Recommendation (saranan kandungan berdasarkan minat tontonan)
  • Instant syncing (sambung tontonan dari mana-mana peranti, tanpa gangguan)

Apa yang min boleh katakan, Unifi TV 2.0 merupakan platform pertama yang menawarkan pelbagai pilihan rancangan hiburan secara menyeluruh.

Kerana apa? Kerana semua kandungan boleh diakses dalam satu platform. Tak kisahlah kandungan premium lokal atau antarabangsa.

Rancaknya lagi, Unifi TV nak belanja korang nikmati akses 30 hari percuma kepada lebih 70 saluran premium dan 15 aplikasi penstriman sepanjang tempoh kempen berlangsung. Korang boleh cuba terlebih dahulu sebelum melanggan!

Lagipun, korang tak perlu langgan Unifi Broadband untuk jadi pengguna Unifi TV. 

Nota: Pelanggan Unifi (akses penuh ke 73 saluran & 15 aplikasi premium selama 30 hari)/ Bukan pelanggan Unifi (akses percuma ke 19 saluran selama 30 hari)

Berbaloi ke langgan Unifi TV 2.0?

Kalau korang nak langgan aplikasi penstriman dengan pelbagai pilihan rancangan dalam satu platform, mahukan akses hiburan premium sebab nak kejar waktu tayangan cerita kegemaran, suka tonton drama korea, filem blockbuster, sukan atau rancangan kartun, pakej Unifi TV 2.0 ni memang tepat dan berbaloi untuk korang langgan.

Apatah lagi, harga yang ditawarkan sangat berpatutan dan tiada kontrak. So, kalau dah cuba sekali dan nak tukar yang lain, boleh tukar atau batal bila-bila masa. Walau bagaimanapun, min cadangkan korang survey dulu pakej yang disediakan di laman sesawang Unifi.

Nikmati akses penstriman percuma akses 30 hari percuma kepada lebih 70 saluran premium dan 15 aplikasi penstriman sepanjang tempoh kempen berlangsung.

Semua rancangan Unifi TV 2.0 juga boleh di tonton melalui Unifi Mobile, yang telah menerima anugerah “Best Video Experience” oleh Open Signal pada November 2024.

Muat turun aplikasi Unifi TV 2.0 di SINI sekarang! Percuma! Tanpa Komitmen.