Pelakon terkenal Indonesia, Reza Rahadian bersedia untuk melebarkan senyap dan menembusi industri perfileman Malaysia sekiranya diberikan peluang pada masa akan datang.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Reza Rahadian Dedah Diri Seorang Mualaf – ‘Bagi Saya Memeluk Islam Itu Adalah Memeluk Kedamaian’

Artikel Berkaitan: Ditinggalkan Sejak Usia 6 Bulan, Reza Rahadian Mengaku Terpaksa ‘Tipu’ Bapa Sudah Meninggal Dunia Kerana..

Lebar sayap ke Malaysia

Reza, 38, berkata, dia sebelum ini pernah ditawarkan untuk berlakon di tanah air, namun terpaksa menolak disebabkan kekangan masa dan jadual kerja yang padat.

Sudah tentu saya terbuka untuk mencuba nasib dan melebarkan sayap di Malaysia. Memang sebelum ini ada beberapa tawaran, tapi jadual saya ketika itu tidak mengizinkan.

Reza berkata demikian ketika ditemui di Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest), baru-baru ini.

Dalam pada itu, pelakon yang popular menerusi filem Perempuan Berkalung Sorban memasang impian untuk bergandingan dengan aktor Zizan Razak selain mengagumi lakonan aktres Sharifah Amani.

Saya looking forward untuk bekerjasama dengan Zizan Razak. Saya juga ada impian nak bergandingan dengan pelakon wanita Malaysia yang saya sangat kagumi iaitu Sharifah Amani.

Sharifah Amani seorang pelakon yang hebat, saya sangat kagumi dengan bakatnya.

Dalam perkembangan lain, Reza telah menerima Anugerah Pencapaian Cemerlang Dalam Filem (Excellent Achievement in Film) sempena penganjuran MIFFest tahun ini.