
Rezeki Allah itu datang dalam pelbagai bentuk. Ada orang menerima rezeki dalam bentuk kesihatan tubuh badan dan bermacam-macam lagi. Bagi pelakon, Ayu Raudhah, beliau dikurniakan rezeki mengandung anak yang ke-empat.
Pelakon itu, berkongsi berita gembira tersebut menerusi akaun instagram miliknya.
Rezeki Allah
View this post on Instagram
A post shared by Ayuraudhah_7 (@ayuraudhah_7) on Sep 11, 2018 at 3:31am PDT
Ayu memuat naik sebuah gambar beliau sambil mengusap baby bump dengan kepsyen ringkas “Rezeki Allah tu datang dalam berbagai bentuk..” pada petang semalam. Posting yang mendapat 27 ribu tanda suka tersebut turut mendapat ucapan tahniah dari peminat beliau.
Tahniah sis
Doakan saya juga
Ada juga dikalangan peminat Ayu mengucapkan tahniah serta meminta beliau mendoakan agar turut mendapat zuriat sepertinya.
Sumber: Ayu Raudhah