berita

‘Rezeki’ Dapat Rakan Serumah Gemar Memasak, Hampir Setiap Hari Dapat Makan Free!

December 18th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

 Mempunyai sahabat di saat susah dan senang merupakan rezeki buat seseorang itu. Sahabat yang baik sudah pastinya akan mengambil berat terhadap rakan-rakannya yang lain.

Seperti perkongsian seorang lelaki di Twitter dikenali sebagai Syafisyahmimenceritakan ‘keprihatinan’ sahabatnya. Memang another level!

Housemate kiriman Tuhan

Menerusi perkongsian tersebut, lelaki itu menceritakan rakan serumahnya yang dikenali sebagai Wae yang rajin memasak buat dia dan rakan serumah yang lain. Paling menakjubkan apabila menu yang dimasak, berbeza setiap hari. Antara menu yang pernah dimasak oleh Wae ialah roti jalan, asam laksa, spiral goreng dan spageti carbonara.

Lazimnya sahabatnya akan memasak pada waktu petang dan menu itu akan dijamah pada waktu malam. Bila tengok semua menu tu, memang nampak sedap. Bersyukur awak!

Memang pandai masak

Menerusi thread itu juga, lelaki itu menceritakan Wae sebenarnya memang seorang yang mahir memasak dan pernah merangkul juara Master Chef peringkat Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Dia juga sempat menceritakan makanan yang dimasak akan dihabiskan dan dapur itu akan dikemas bersama-sama oleh mereka.

Perkongsian tersebut telah meraih 13.5k retweet, 32.9k likes dan ratusan respon menerusi ruangan balas.

Sumber: Syafisyahmi

SKIP THIS AD ×