
Pelakon, Anzalna Nasir berkongsi pandangannya mengenai tanggungjawab seorang suami sebagai ketua keluarga menerusi satu ciapan dibuat di aplikasi Threads.
Artikel Berkaitan: Anzalna Nasir Imbau Momen Pertama Kali Jumpa Suami – ‘Dia Lelaki Idaman Yang Selama Ini Saya Cari’
Artikel Berkaitan: Anzalna Nasir Sifatkan Anak Lelaki Romantik, Terharu Beri Duit Suruh ‘Shopping’ – ‘Tak Sabar Nak Tunggu Dia Besar’
Titip pesan soal tanggungjawab suami
Menurut Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir, setiap isteri pasti mengimpikan seorang suami yang berkemampuan dalam menyediakan nafkah namun tidak semua lelaki benar-benar memahami peranan mereka sebagai ketua keluarga.
Ujar Anzalna, seorang suami itu tetap perlu menyempurnakan tanggungjawab sebagai seorang suami meskipun mempunyai tangga gaji lebih rendah berbanding isteri.
Setiap isteri pasti mengimpikan seorang suami yang mampu memberi nafkah. Tetapi, tak semua lelaki benar-benar faham tanggungjawab mereka.
Dan sebagai seorang isteri, kita seharusnya menegur dengan cara lembut untuk mengelakkan diri mereka dari melakukan dosa. Ini kerana, rezeki mereka (suami) akan bertambah bila membelanjakan untuk keluarga.
Tanggungjawab tetap tanggungjawab tidak kira suami berpendapatan sedikit mahupun banyak.
Di akhir perkongsian, pelakon filem ‘Sepah The Movie’ berpesan kepada golongan isteri untuk tidak berputus asa mendoakan agar suami dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan mereka untuk mencari nafkah.
Sekadar info, Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.
Posting Anzalna
Sumber: Threads Anzalna