Penyanyi dan pelakon, Rezza Shah kini sedang mencari pengurus baharu bagi menguruskan kerjaya seninya termasuk bidang nyanyian dan lakonan.

Artikel Berkaitan: #CSOIAM: Rezza Shah Kembali & Dapat ‘Wildcard’ Kali Kedua?

Cari manager baru

Menerusi hantaran di Threads, Rezza, 25, berkata dia memerlukan seorang pengurus yang amanah dan profesional.

Menurutnya, dia tidak mahu berdepan lagi dengan pengurus yang mempunyai sikap tidak bertanggungjawab, mengambil kesempatan atau menyalahgunakan wang.

Aku perlukan manager untuk menguruskan kerjaya nyanyian dan lakonan aku dan lain-lain urusan kerjaya.

Seorang yang sanggup bekerja dengan aku. Tak nak ciri-ciri manager yang suka mengumpat, tak amanah, kaki raba dan songlap duit.

Tambah Rezza, dia bekerja keras demi mencari rezeki untuk keluarga selain meneruskan kehidupan. Justeru, dia berharap dapat menemukan pengurus yang boleh menguruskan kerjayanya dengan telus.

Kalau ada boleh maklumkan kepada aku. Aku kerja nak cari makan untuk keluarga dan teruskan kehidupan.

Bagaimanapun, hantaran itu dipercayai telah dipadam oleh Rezza selang beberapa jam selepas dimuat naik.

Terdahulu, Rezza pernah berdepan pengalaman kurang menyenangkan apabila kerjayanya diuruskan oleh seorang individu yang didakwa tidak profesional.

Sumber: Threads