Pereka fesyen, Rico Rinaldi meluahkan rasa kesal terhadap pelanggan yang dianggap menganiaya penjual dengan memulangkan barang yang telah dipakai.

Artikel Berkaitan: Rico Rinaldi Kecewa Calon Temu Duga Tak Hadir – ‘Dia Beritahu Dia Baru Bangun’

Artikel Berkaitan: Individu Dakwa Pereka Fesyen Terkenal Gagal Bayar Hutang RM30,000 – ‘Lepas Bayar RM2,000 Terus Senyap’

Rico Rinaldi tak halalkan

View on Threads

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Rico dilihat seakan terkilan dengan sikap sesetengah pembeli yang tidak bertanggungjawab.

Menurut Rico, ramai pelanggan bertindak memulangkan barangan yang sudah digunakan termasuk minyak wangi yang sudah tinggal separuh.

Benda ini dah biasa dah berlaku pada semua penjual.

Pelanggan pulangkan barang tapi dah pakai. Selama ini aku diam saja, hanya mampu doa Allah gantikan dengan lebih baik.

Baju berbau, pulang tudung ada kesan solekan, pulangkan minyak wangi tinggal separuh.

Belum lagi pulangkan yang bukan barang kita.

Dalam pada itu, Rico menegaskan bahawa perbuatan sedemikian tidak wajar kerana bukan sahaja menyebabkan kerugian malah turut menyusahkan pihak penjual.

Baru-baru ini kasut kau dah pakai, kau pulangkan. Manusia jenis apa yang buat penjual macam ini?

Cari lah semua penjual kau buat macam itu di akhirat nanti.

Tak halal dunia akhirat.

Sumber: Threads @thericorinaldi