Pelakon terkenal tanah air, Ridzuan Hashim meninggal dunia, pada hari ini, Khamis, akibat serangan jantung.
Maafkan silap arwah
View this post on Instagram
Berita duka itu dikongsikan oleh bekas isterinya yang juga merupakan pengacara dan pelakon, Didie Alias.
Assalamualaikum kepada sahabat handai yang mengenali bekas suami saya, Mohd Ridzuan Hashim. Beliau sudah kembali ke rahmatullah tadi. Pada sesiapa yang ingin melawat jenazah, arwah masih berada di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL).
Selepas ini saya akan maklumkan di mana jenazah akan dikebumikan. Saya mohon kepada semua, sesiapa yang ada hutang bersama arwah, boleh hubungi saya dan ampunkan kesilapan arwah.
Sementara itu, anak saudara kepada Ridzuan iaitu pelakon Iman Zulkarnain memberitahu arwah meninggal dunia ketika sedang bersarapan dengan anaknya di rumah kira-kira jam 11 pagi.
Arwah meninggal dunia di rumahnya di Bandar Tun Razak antara jam 11 sehingga 12 tengah hari ketika sedang bersarapan dengan anaknya.
Dia jatuh dari kerusi makan dan anaknya terus membawa ke hospital. Bagaimanapun, arwah disahkan sudah meninggal dunia apabila tiba di hospital.
Dalam pada itu, Iman memaklumkan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor.