
Pelakon Riena Diana berkongsi pengalaman tinggal di Program Perumahan Rakyat (PPR) tanpa pernah mengeluh malah bersyukur kerana mempunyai tempat berteduh.
Artikel Berkaitan: ‘Selamat Hari Lahir Sayang!’ – Riena Diana Kagum Lihat Cara Keith Foo Layan Anak
Artikel Berkaitan: ‘Mama Cakap Boleh Gila Kalau Semua Lelaki Dapat Perempuan Macam Karmila’ – Riena Diana
Program Perumahan Rakyat (PPR)

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, seorang individu mempersoalkan golongan yang tinggal di kawasan PPR.
Menurutnya, kawasan tersebut tidak selesa untuk diduduki dengan keadaan yang banyak anjing liar serta persekitaran berbau.
Macam mana boleh hidup duduk PPR?
Dengan busuk bau tahi kucing. Banyak anjing liar. Keliling pula busuk bau sampah.
Bagaimanapun, ciapan tersebut meraih perhatian Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal, 29, yang tampil memberi teguran pada individu terbabit untuk berfikir sebelum berkata-kata.
Kongsi Riena, dia tidak pernah mengeluh sepanjang tiga tahun tinggal di PPR bersama keluarga malah sentiasa bersyukur dengan apa yang disediakan oleh ayahnya buat mereka.
Saya okay saja dulu duduk di PPR Air Panas, Setapak dari umur 18 hingga 20 tahun.
Bangga dengan ayah yang menjaga kami adik beradik dan nenek ketika itu.
Saya hari-hari balik kerja lewat sebab kerja sebagai jurujual di kedai mainan. Parking jauh, Alhamdulillah selamat dan sikit pun tak pernah mengeluh.
Mungkin lepas ini fikir dulu sebelum berkata-kata, tak semua orang ada rezeki macam awak duduk ditempat mewah dan tempat tidak busuk.
Sumber: Threads @rienadiana_







