berita

Rihanna Menjadi Diri Sendiri!

August 14th, 2012 | by Ai
Make-It-Senang

Tampil dengan imej yang terlampau seksi disamping terkenal dengan persembahan menggoda menyerlahkan lagi kehidupan gaya hidup sosial beliau.

Penyanyi berusia 24 tahun ini kelihatan kerap menjalankan aktiviti sosialnya sejak beberapa minggu dengan mengunjungi pesta-pesta hiburan.

Untuk sekali lagi, selebriti terkenal ini dilihat memaling ke arah Club 360 dengan penggayaan fesyen yang menarik.

Kombinasi antara seluar pendek denim dengan kemeja merah serta topi besbol  menyerlahkan personaliti gaya hidup bintang pop tersebut.

Dengan memperagakan pakaian bermotifkan ‘rude ladies’, beliau turut menyarung sepatu daripada Nike Air Jordan dan mengaplikasikan warna merah pada bibir bagi menyerlahkan lagi personaliti beliau.

Dengan helaian rambut kerinting yang mengurai, sedikit sebanyak dapat  menonjolkan imej diri beliau yang mempersona.

Bintang gemerlapan yang terkenal dengan imej menggoda ini tersenyum secara meluas tatkala sesi  fotografi dijalankan.

Selain itu, Rihanna melaraskan sekeping gambar di laman twitternya bertajuk ‘me being me’ dimana kelihatan Rihanna memegang minuman ais sejuk di tangannya dengan jersi besbol terbuka serta topi Trapstar ke belakang.

SKIP THIS AD ×