Rona merah, perang, hitam dengan gaya potongan lurus, kerinting dan sleek bangs telah menjadi gaya identiti rambut beliau.
Malah, ianya masih tidak cukup bagi penyanyi popular Rihanna dalam mengeksperimenkan rambutnya menjadi sesuatu yang lain daripada yang lain.
Baru-baru ini, Rihanna sekali lagi telah memutuskan untuk memperbaharui imejnya dengan melakukan perubahan drastik terhadap gaya potongan rambutnya.
Penyanyi berusia 24 tahun itu tampil dengan gaya potongan rambut terbaru iaitu Super-Short Cropped Hairdo setibanya di Los Angeles untuk MTV Video Music.
Walaubagaimanapun, ianya bukan pertama kali Rihanna melakukan perubahan sebegini. Ini kerana, beliau terdahulunya penah muncul dengan gaya potongan rambut pendek dalam filem blockbuster Battleship pada awal tahun ini.
Rihanna dilihat tampil ringkas dengan menggayakan T-shirt Céline, jeans dan sepasang kasut berona ceria daripada Cleveland Cavalier-edition Air Jordan.