Di Twitter, seorang doktor meluahkan rasa kesal dengan tindakan seorang wanita makan di restoran sedangkan masih memakai wristband daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Wristband KKM itu menandakan kuarantin yang wajib dijalani oleh individu yang baru pulang dari luar negara.
Foto itu turut mengundang kritikan gara-gara tindakan tidak bertanggungjawab wanita itu. Malah segelintir netizen turut menyalahkan premis terbabit yang dilihat ‘lepas tangan’.
Keluar walau masih ada tag tangan
Orang seperti inilah yang meningkatkan risiko negara kita ke gelombang ke-2. Sangat memalukan apabila rakan, keluarga atau kafe berkenaan membenarkan dia masuk dan tidak melaporkan kepada pihak berkuasa.
Menerusi tweet doktor ini, orang ramai bimbang dengan tindakan tidak bertanggungjawab wanita terbabit memandangkan premis kedai makan itu dikunjungi ramai pelanggan yang lain. Wanita terbabit sepatutnya menjalani tempoh kuarantin dirumah dan tidak sepatutnya makan di tempat awam.
Walau bagaimanapun, peniaga di kawasan berkenaan turut memberi respon mengenai hal ini. Menurutnya dia sudah membuat laporan kepada pihak Jabatan Kesihatan Negeri Perak mengenai perkara ini namun pihak berwajib tidak boleh mendedahkan kes tersebut memandangkan masih dalam siasatan.
Respon peniaga di kawasan terbabit
Tambahnya lagi, perkara itu membuatkan nama buruk kedainya tercalar dan pegawai sendiri sudah mengesahkan bahawa gelang pink adalah tanda negatif daripada Covid-19.
Makcik tersebut negatif Covid-19
Sumber : Nurul Chu Hada Karim , Dr Jemilah