berita

Rindu Datang Bertandang, Wanita Kongsi Resepi Ayam Madu Kesukaan Arwah Ayah, Makan Tak Jemu!

December 30th, 2019 | by Arini Saleh
MyResipi

Rindu pada orang yang sudah pergi adalah satu perkara yang sangat memedihkan. Kerinduan yang tidak berpenghujung ini tambah menyedihkan apabila terimbau memori suka duka bersama.

Menerusi laman Masak Apa Hari Ni (MAHN), seorang wanita berkongsi resepi ayam madu kegemaran arwah ayahnya. Mengimbas detik terakhir bersama arwah, wanita ini berkata ayah tidak jemu memakan masakannya walaupun tiga hari berturut-turut.

Ayam madu kesukaan arwah ayah

Ayam madu kesukaan arwah ayah. Dah lama tak buat sebab teringat dekat arwah ayah. Ayah suka sangat. Ada satu masa tu, saya buat 3 hari berturut-turut masak ayam madu je. Ingat ayah akan jemu, rupanya tak. Ayah makan dengan seleranya. Hari ini sambil masak, sambil menangis.

Rindu pada ayah bertandang. Kalau masa ayah ada mesti time saya masak akan datang dapur tanya masak apa. Mesti tanya bahan cukup tak nak masak. Kalau cakap tak cukup, berdesup start motor pergi kedai. Saya ni kalau suami tugas luar berbulan-bulan mesti balik kat mak ayah sebab nak luangkan masa bersama. Nak berbakti pada mereka. Kini dah 5 bulan ayah pergi. Saya sertakan resepi sekali ok.

Resepi

Ayam madu

Bahan A

*gula kerek yang nipis tu 2 keping + air setengah cawan + lada kering blender 2 sudu. Masak sampai agak likat sikit.

Bahan B

*bawang besar 2 biji + bawang putih 5 ulas
*halia 2 inci
*sos tiram 3 sudu besar
*sos lada hitam 3 sudu besar
*madu 2 sudu
*kiub ayam 1 ketul

Blenderkan bahan A dan bahan B

Kuantiti ayam seekor. Ayam rebus kejap je. Tak rebus pun tak apa. Perap setengah jam. Lagi lama lagi sedap. Masa bakar letak butter sikit dekat pemanggang ajaib. Bakar dapur arang lagi sedap. Selamat mencuba.

Sumber : Redza Rosida

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×