Kehilangan orang yang tersayang bukanlah suatu perkara yang mudah untuk diterima bagi mana-mana individu. Di Instagram, pelakon, Noorkhiriah dilihat tidak dapat menahan sebak sewaktu menziarahi kubur arwah bapanya, baru-baru ini.
Rindu paling sakit
Orang selalu nampak kakak gelak. Tapi bila part ni kakak kalah. Rindu paling sakit. Ayah adalah lelaki pertama yang tak pernah sakitkan hati anak dia. Sangat betul dik. Masa ni empangan kakak pecah. Hari lahir arwah ayah 3/12 baru ni. Semua-anak-anak balik. Genap 69 tahun kalau ayah kakak masih ada. Cium batu nisan pun kakak dah rasa puas sangat. Sakit rindu ni. Sakit sangat. Semoga pak tenang dekat sana.
Sebagai seorang anak, Noorkhiriah berkata dia sudah hilang tempat untuk bermanja dan mendapatkan kasih sayang seorang ayah. Tambah Khiriah, rindu paling sakit adalah rindu pada mereka yang sudah tiada. Dalam pada itu, Khiriah sempat menitipkan pesanan kepada semua individu yang masih mempunyai ibu bapa agar menjaga kedua orang tua mereka sebaik mungkin sementara masih hidup.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Noorkhiriah