berita

Ringan & Selesa ASICS Novablast™ 4 Terbaru Beri Lebih Fleksibiliti Dalam Setiap Langkah!

December 28th, 2023 | by Azyan
Kini Trending

ASICS NOVABLAST™ 4

Jenama kasut ASICS  memang bukan jenama yang asing lagi bagi peminat-peminat aktiviti larian. Sama ada larian jarak jauh, jarak dekat mahupun sekadar jogging-jogging manja, kasut ASICS ni ada semua jenis yang bersesuaian dengan aktiviti korang tu. Sebab tu lah ia menjadi pilihan ramai dari dulu lagi, tiada tandingan!

Baru-baru ni ASICS mengumumkan keluaran terbaru mereka iaitu NOVABLAST™ 4! Kasut ini boleh dikatakan antara salah satu kasut keluaran ASICS yang paling best dan wajib dimiliki oleh mana-mana geng kaki lari!

Nak tahu sebab apa ianya wajib dimiliki? Jom baca sampai habis!

Mempunyai efek trampolin serta lengkap dengan cushioning FF BLAST™ PLUS ECO!

ASICS NOVABLAST™ 4

Larian dengan efek trampoline memang confirm akan memberikan keselesaan serta kepuasan berganda! Memang ngam sangat gabungan ni kan? Rekaan yang lengkap dengan cushioning FF BLAST™ Plus Eco ni buatkan kaki korang rasa lagi ‘springy’ bila lari. Menjadikan larian korang lebih laju serta lebih stabil.

Selain itu, rekaan FF BLAST™ Plus Eco diperbuat daripada 24% bahan terpakai seperti lebihan sisa daripada proses pemprosesan tebu. Jadi, dalam tak sedar korang bukan sahaja dapat berlari menggunakan kasut yang best tapi korang menyelamatkan bumi juga!

Kalau korang nak tahu, edisi ni akan jadi model NOVABLAST™ pertama yang dapat label CO2e! Bahkan, emisi CO2e kasut NOVABLAST™ 4 ni 23% lebih rendah dari purata industri*

**Dinilai menggunakan metodologi jejak karbon ASICS versi 1.1 dan kaedah paling komprehensif tersedia untuk industri kasut lari secara purata, dikendalikan oleh MIT (laporan).

NOVABLAST™ 4 juga lengkap dengan midsole dan outsole yang istimewa!

ASICS NOVABLAST™ 4

Midsole dan outsole kasut NOVABLAST™ 4 ni direka khas yang dimana rekaan itu membolehkan serta bantu bahagian tumit atau ‘heel striking zone’ dan bahagian hujung kaki berikan lonjakkan yang lebih baik ketika berlari, menjadikan setiap langkah serta lompatan lebih ringan.

Apa yang membuatkan kasut ni lebih menarik ialah ia dikatakan lebih “breathable” dengan penambahan ‘highly breathable woven’ dibahagian atas. Ia juga mudah lentur menjadikan kasut ini sesuai digunakan untuk larian harian mahupun untuk pertandingan larian.

ASICS NOVABLAST™ 4

Kasut NOVABLAST™ 4  ni available untuk lelaki dan juga wanita tau. Boleh la matchy-matchy nanti!

Korang boleh dapatkan kasut ni di semua kedai ASICS dan juga secara online bermula 1 Disember 2023 dengan harga RM549.00!

Memang ngam sangat bagi yang nak mulakan azam tahun baru untuk bersenam tu!

Dapatkan kasut ini di https://www.asics.com/my/en-my/mk/running/novablast hari ni guys!

Maklumat lanjut berkaitan sebarang hebahan dan promosi terkini ASICS boleh didapati melalui laman web dan media sosial seperti dibawah.

Website: https://www.asics.com/my/en-my

Facebook: ASICS

Instagram: @asicsmalaysia

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×