berita

RinggitPlus Tawar Solusi Mudah Untuk Korang Apply Loan, Kredit Kad Dan Sebagainya!

October 26th, 2018 | by Azyanshor
Kini Trending

RinggitPlus baru-baru ini melancarkan Kajian Literasi Kewangan Malaysia untuk mengkaji kadar celik kewangan peribadi di Malaysia. Dari kajian tersebut, didapati bahawa 29% responden mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai wang simpanan yang cukup  untuk bertahan selama tiga bulan tanpa pendapatan. Mana kala, 30% lagi bersetuju yang mereka tidak mampu untuk bertahan selama sebulan pun! [Klik disini]

Sebab tu RinggitPlus melancarkan aplikasi ini untuk memudahkan rakyat Malaysia menguruskan wang mereka.

Lepasni korang boleh tanya apa-apa soalan mengenai kewangan di chatbot!

RinggitPlus akan menaiktaraf sepenuhnya laman web mereka dengan memperkenalkan dengan ciri chatbot yang bersifat intuitif! So korang lepas ni kalau ada apa-apa soalan mengenai produk kewangan, korang boleh bukak je web RinggitPlus dan dapatkan maklumat serta cadangan!

Fungsi chatbot ni adalah ia akan memudahkan transaksi serta permohonan untuk produk kewangan seperti kad kredit, pinjaman, simpanan dan insurans TANPA perlu isi borang permohonan yang rumit! Diorang juga akan berikan kadar yang terbaik untuk korang pilih!

Laman web tu pun senang je korang nak guna. Tak pening-pening kepala!

Diorang berkerjasama dengan RinggitSense+ di TV3 jugak!

Kalau korang masih lagi samar-samar mengenai RinggitPlus ni, korang jangan risau sebab mulai 26 November 2018, jam 6 petang korang boleh dapatkan pelbagai info di RinggitSense, TV3!

Bila tengok, mesti korang akan lebih faham sebab kandungan yang disiarkan adalah secara digital! Selain itu, terdapat juga maklumat-maklumat lain berkaitan pengurusan wang akan dibicarakan. Jadi korang jangan terlepas tau tengok RinggitSense+ ni!

Website RinggitPlus ni akan beroperasi sepenuhnya pada pertengahan November. Untuk maklumat lanjut korang bolek klik kat sini!

The following two tabs change content below.