Pelakon, Sweet Qismina memberitahu bahawa suaminya, aktor, Adam Lee suka dengan gaya rambut terbaharunya yang kini dipotong pendek.

Artikel Berkaitan: Adam Lee Respon Peminat Kata Rugi Sweet Qismina Potong Rambut Pendek – ‘Saya Suami Dia, Saya Suka’

Artikel Berkaitan: Adam Lee Teruja Nak Pindah Rumah Idaman Bersama Sweet Qismina – ‘Bila Ada Rezeki Masuk, Kami Akan Renovate’

Rambut pendek

Meskipun pernah mempunyai tanggapan bahawa wanita berambut pendek akan kelihatan seperti ‘tomboi’, Sweet atau nama sebenar Farhanna Qismina Supandi, 27, berkata, persepsi itu akhirnya berubah selepas dia memotong rambutnya.

Empat bulan saya berambut panjang, rasa sudah sangat rimas. Pada awalnya nak rambut paras bahu sahaja tetapi ramai cadangkan potongan pendek sebab kata mereka rambut boleh tumbuh semula.

Sebenarnya ini rambut paling pendek saya pernah potong dan suami pun sangat suka.

Rambut ini beri saya lebih keyakinan. Dulu memang saya risau nak berambut pendek sebab takut orang cakap macam lelaki atau tomboi.

Sweet berkata demikian ketika ditemui di Malam Gala Tayangan Filem Balas Balik yang diadakan di ibu kota, baru-baru ini.

Berkongsi lanjut, Sweet berkata, dia juga mempunyai perasaan risau jika imej terbaharunya itu membuatkan tawaran lakonan berkurangan.

Dulu saya pernah risau stesen televisyen dan produksi tak mahu heroin rambut pendek takut tak nampak manis, tetapi selepas bincang, mereka okay sahaja.

Sejujurnya saya nak kekalkan sampai imej ini sampai bila-bila tetapi potongan begini sebegini sukar buat sambungan rambut palsu. Kalau rambut panjang selepas ini, mungkin paras bahu sahaja.

Rambut pendek begini senang diuruskan, syampu pun lambat habis.