berita

‘Risiko Sawan & Kecederaan Otak’ – Ini Sebab Bayi Bawah 6 Bulan Tidak Boleh Diberi Air Masak!

October 20th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Ramai ibu bapa memberikan air putih dengan alasan mahu membilas mulut bayi yang menyusu. Sama ada diberikan dengan sudu ataupun botol susu, tindakan anda itu sebenarnya mengundang bahaya kepada anak.

Di Facebook, jururawat ini memberikan sebab kenapa air putih tidak boleh diberi minum kepada bayi bawah 6 bulan.

Bawah 6 bulan tidak boleh minum air masak

Mak² hipster acah² pandai.
Let me tell you why baby below 6m STRICTLY NO bagi air masak air suam air kosong bagai.

WHO (World Health Organization) menegaskan bahawa bayi yang umur bawah 6 bulan disarankan menyusu badan secara ekslusif. Means, pada 6bulan pertama ni just menyusu badan je. Tak payah bagi apa² makanan tambahan atau minuman termasuk air masak.

Pastu ada yang tanya pulak :: Apsal fm bancuh air masak pulak,?? Tu boleh pulak bagi kat baby?
Deeyyyy !!!
Nama pun bancuh kan??
Dah tak jadi air masak dah.
Jadi susu dah.
Dari air masak yang kosong takder zat terus bertukar jadi susu sebab bancuh ngan fm.
Lagipun bancuh fm ada sukatannya.
Bukan main tibai cedok susu pastu bancuh.

Cuaca panas terik sekalipun baby tak perlukan plain water or air masak. Bagi susu badan je. 80% susu badan terdiri daripada air.

Lagi satu. Takder istilah bagi air masak sikit² buat bilas mulut baby.

Awat?!! Baby korang makan belacan telan petai tempoyak segala ke nak bilas² sangat tu??

Duk bagi sikit². Ha’ah. Sikit² lama² jadi penyakit.

Sebab kenapa tidak boleh

Sekadar gambar hiasan

Sebab² baby tak boleh diberi air masak ::

-Mengganggu penyusuan. Baik dari penyusuan susu ibu or fm. Sebab duk kenyang mak, nenek, segala bagai sumbat air masak.
Pastu baby tertidur perut kenyang penuh air masak. Pastu duk puji², baiknya budak ni. Asyik tidur je. Senang jaga.
Yang kawan tu segala organ dalam badan duk struggle cari zat. Zat pulak takder sebab mak, nenek segala bagai banyak bagi air masak je. Kesian. Tak cukup zat. Malnutrition.

-Risiko cirit birit. Entah dari mana punca air tu datang pun tak tau. Even dah rebus 40 malam pun the bacteria still there. Bagi kat baby.
Melecet bontot cirit cirit. Pastu salahkan susu badan kata makan tak pantang, makan cabai la asam la. Jamu la padahal duk pulun bagi baby ayaq masak tu tak sedaq.

-Risiko untuk dapat WATER INTOXICATION
Menatang apa tu??? Ianya satu penyakit dimana badan mengalami kekurangan garam. Sebab?? Diberi air masak yang sedikit² lama² jadi penyakit tu laaa. Darah akan menjadi terlalu cair dan dalam waktu yang sama kandungan garam dalam badan berkurangan ke paras yang kritikal.
Akibatnya???
Boleh menyebabkan sawan, koma, kecederaan otak dan kalau tak dapat detect dari awal KEMATIAN BOLEH BERLAKU.

TAPI ini kan Malaysia..
Mana mereka nak takut selagi tak kena.
Nasihat lebih² nanti dia cakap kita makcik bawang suruh berambus !! Sibuk hal anak dia.

So, mungkin perlu ada kematian tragis dulu baru ada yang nak celik akal dan tak berlagak sombong bodoh cakap :: aku bagi anak aku air masak elok je dia hidup jadi doktor jugak.

Dah tu nak tunggu ada yang dapat water intoxication dulu, then kau nak up kat socmed :: Alhamdulillah, berehatlah anak syurgaku..Ibu tahu kamu penat lawan penyakit.

Pastu duyun² berjemaah ucap takziah.

Haaaa….gitu..

Paling rare lagi. Dah tau silap salah takleh bagi air masak pastu acah² doa yang baik² je.

It’s like kau telan racun tapi doa supaya tak mati.

#AkuNurse
#SangatSarcastic
#BukanFakeAccount

Sumber : SharkyLemon JavaLava

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×