berita

Rita Buat Laporan Polis Terhadap Individu Kurang Ajar Persoal Anak Sah Taraf Atau Tak

October 21st, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Jika sebelum ini, kebanyakan barisan selebriti tanah air seperti Jasmin Hamid meluahkan rasa kesal apabila foto mahupun video yang dimuat naik oleh mereka di media sosial menjadi bahan kutukan dan kejian daripada netizen.

Terbaru menerusi laporan Mstar, pelakon Rita Rudaini pula membuat laporan polis terhadap seorang pengguna Instagram yang meninggalkan komen berunsur fitnah.

Mempersoalkan status sah taraf anak

Menurut Rita, dia bertindak melakukan laporan polis kerana individu tersebut mempersoalkan status saf taraf anak-anaknya. Tambahnya, komen tersebut berunsur jahat dan meninggalkan kesan negatif buat mereka.

Laporan dibuat terhadap seorang individu menggunakan akaun Instagram @ahmadsan81 yang menghina dan memfitnah mengenai taraf anak saya. Ia keterlaluan dan melampau. Sebelum ini tak ada orang yang menghina dan keji anak saya, pasal anak saya tak boleh berdiam.

Saya mengambil langkah yang sama seperti Jasmin Hamid lalukan sebelum ini. Ingatkan bila dia buat begitu orang dah tak berani, tapi masih berlaku.

Menurut peguam Rita, Mohd Syakirin Syazwan, tempoh selama 14 hari akan diberikan kepada individu tersebut untuk membuat permohonan maaf secara terbuka. Jika individu tersebut ingkar, dia bakal berdepan dengan saman sivil.

Artis lain perlu ambil tindakan yang sama

Menerusi Youtube Harian Metro, Rita turut memberitahu bahawa dia sering diganggu dan menerima dm daripada individu-individu yang tidak dikenali. Menurutnya, individu tersebut menghantar mesej berbaur lucah dan menganggap dirinya seolah-olah isteri. Namun, Rita tidak melayan kerenah individu berkenaan.

Rita turut berpesan kepada semua rakan artis supaya melakukan tindakan yang sama sekiranya mereka berhadapan dengan situasi yang dialaminya. Rita yang pernah mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak negara iaitu Aidil Zafuan mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna. Namun, mereka berpisah pada September 2013.

Tak sabar nak jumpa

Menerusi Instagram Rita, dia memuat naik kapsyen tidak sabar untuk berjumpa dengan individu yang mempersoalkan status anaknya. Pada masa yang sama, Rita memuat naik satu posting mengenai Instagram seorang pengguna yang turut memberikan komen yang negatif buat dirinya.

Sumber: Rita RudainiMstarHarian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.