berita

Dituduh Cemburu Dengan Zahirah Macwilson, Ini Respon Rita Rudaini

October 20th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Primadona drama melayu, Rita Rudaini merupakan seorang pelakon yang hebat. Beliau yang sudah lama berkecimpung dalam industri seni tanah air seringkali terpalit dengan gosip-gosip hangat.

Terbaru, beliau dikatakan sombong dan cemburu dengan pelakon baru Zahirah Macwilson. Ni apa kes pula ni Rita?

Terkilan dan terkejut dituduh sebegitu

Menerusi laporan Berita Harian, Rita berkata dia terkejut dan terkilan dituduh enggan menjalinkan kerjasama dengan Zahirah bagi sebuah acara anugerah, sedangkan dirinya tidak pernah mengenali pelakon terbabit secara dekat.

Saya ditanya, betulkah saya ada masalah dengan seorang pelakon. Kemudian saya tanya, siapa pelakon itu? Apabila diberitahu nama Zahirah, saya terkejut.

Tiada sebab untuk saya bersikap sedemikian dengan Zahirah kerana saya belum pernah menjalinkan kerjasama dengannya atau mengenali dirinya dengan dekat.

Rasa pelik dengan individu buat tuduhan melulu

Tambahnya lagi, dia berasa pelik dengan invidu yang suka membuat tuduhan melulu serta menyebarkan fitnah.

Apakah orang yang suka buat fitnah dan reka cerita tak betul boleh tidur dengan lena? Tidakkah mereka berasa bersalah dengan mengada-adakan cerita? Apakah mereka bahagia apabila menyebarkan berita palsu?

Saya tidak mahu hidup dengan cerita kontroversi atau tak masuk akal. Mungkin sesetengah artis perlukan publisiti sebegitu, tetapi bukan saya. Sejak awal saya berlakon, niat saya cuma satu iaitu mahu mencari rezeki.

Tidak mahu namanya dan Zahirah terjejas

Beliau berharap, perkara itu tidak dibangkitkan lagi bagi mengelakkan namanya dan Zahirah terjejas.

Isu sebegini hanya akan menimbulkan salah faham pada Zahirah yang tidak tahu cerita sebenar. Apa pun, saya harap ia tidak lagi dibangkitkan dan tiada lagi khabar angin mengarut seperti ini.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×