berita

Rita Rudaini Bengang Penerbit Teater ‘Tegur’ Tak Vaksin – ‘Aku Tak Usik Hidup Kau Kan? Psycho!’

September 23rd, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Pelakon Rita Rudaini menegur tindakan seorang penerbit teater yang dikenali sebagai Siti Rohaya Attan yang telah ‘memetik’ namanya sebagai pelakon yang tidak mahu divaksin.

Artikel berkaitan : ‘Kenapa Korang Takut Sangat Dengan Kami Ni? Kenapa eh?’ – Terkena Tempias Isu Belum Vaksin, Ini Respon Rita

Artikel berkaitan : Difitnah Rakan Industri, Rita Rudaini Tak Kisah Nama Digugurkan Dari Berlakon -‘Apa Yang Dengki Sangat Dengan Sistur?’

Artikel berkaitan : ‘Nak Vaksin, Vaksinlah…Kenapa Nak Ada Paksaan’ – Rita Rudaini

‘Nak shooting wajib vaksin kan?’

Menerusi perkongsian Siti Rohaya Attan di Facebook, dia seakan memerli pelakon berkenaan kerana mengatakan haknya tidak mahu divaksin sedangkan jika seorang pelakon itu ingin menjalani penggambaran perlu divaksin dahulu.

Pelakon Rita Rudaini kata hak dia tak nak divaksin. Eh, nak shooting tu wajib ada sijil vaksin kan?

Walau bagaimanapun, Rita tampil bersuara dan bertanya apakah salahnya kepada penerbit teater berkenaan sehingga mengganggu hidupnya.

Eh? Kau pula yang sakit kalau aku tak shooting dah kenapa? Kau ke yang bayar bil-bil aku kalau aku tak shooting?

kau pula menyibuk dengan badan aku dah kenapa? Kau pulak siang malam risau aku tak vaksin sampai up status dah kenapa?

Minta cermin diri dulu

Ujarnya lagi, Rita meminta agar Siti Rohaya untuk mencermin dirinya dahulu kerana terlalu sibuk menjaga ‘tepi kainnya’.

Kau dah habis belek diri kau sendiri kat cermin, dah tak ada benda untuk kau jaga sampai nak jaga hal aku pula? Kau ni ada ‘sakit’ ni… Better kau top up ambil lagi 7 kali dose.

Aku tak kenal kau dan aku tak usik pun hidup kau kan? Pathetic! Sick! Psycho!

Pelakon berusia 45 tahun ini turut menasihatkan kepada wanita berkenaan agar memperbanyakkan amalan berzikir dan tidak memuat naik posting yang mengundang netizen mengumpat.

Dah-dah lah Kak Roy. Dah tua-tua ni baik banyakkan zikir. Tak payah main Facebook sangat up status untuk jemput orang mengumpat.

Banyakkan duduk atas sejadah dari main Facebook, TikTok bagai. Kak Roy oii, kita bukan ada masalah.

Posting Siti Rohaya :

Respon Rita Rudaini :

Sumber : ritrud727, Sitiroy Tan 

SKIP THIS AD ×