berita

Rita Rudaini Pesan Dr. Rafidah Jangan Suka-Suka Hati Panggil Orang Antivaksin

November 10th, 2021 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Sebelum ini, pelakon cantik, Rita Rudaini dikatakan tidak berpuas hati dengan ciapan daripada Pakar Perunding Perubatan dan Pakar Nefrologi Hospital Putrajaya, Dr Rafidah Abdullah di laman Twitter miliknya. Menerusi ciapan tersebut, Dr. Rafidah dilihat seolah-olah menyindir golongan antivaksin dan menjelaskan mereka boleh tinggal di Malaysia tetapi hanya boleh menetap di dalam gua.

Artikel Berkaitan: Dr. Rafidah ‘Petik’ Golongan Antivaksin, Rita Rudaini Bersuara – ‘Tak Semestinya Belajar Tinggi Semuanya Bijak’

Artikel Berkaitan: ‘Nak Vaksin, Vaksinlah…Kenapa Nak Ada Paksaan’ – Rita Rudaini

Artikel Berkaitan: Rita Rudaini Kecewa ‘Rider’ Letak Makanan Atas Tempat Buang Sampah – ‘Tidak Ikhlas & Tak Bertanggungjawab…’

‘Puan gelar orang antivak tak pe’

Terbaru, Dr. Rafidah menerusi satu ciapan menjelaskan ramai golongan antivaksin yang menggunakan platfom Twitter. Dia pada masa yang sama, turut mengucapakan ribuan terima kasih atas kutukan dan cacian yang didakwa datang daripada mereka yang antivaksin.

Rupanya ramai betul antivaskin di Twitter. Terima kasih kerana memanggil saya dogtor dan segala kutukan, cacian.

Mungkin sudah bosan di dalam GUA.

Susulan daripada itu, pelakon yang sinonim dengan filem Mami Jarum tampil memberikan respon dan meminta supaya Dr. Rafidah tidak ‘menggelabah’ berikutan gelaran yang diterimanya daripada golongan antivaksin.

Puan gelar orang antivak tak apa. Bila orang dah marah and orang gelar puan DOGTOR, puan tahu pula tak suka dan marah.

Instastory penuh:

Terdahulu, Rita menafikan dirinya antivaksin seperti yang didakwa segelintir pihak hanya disebabkan belum bersedia untuk menerima vaksin Covid-19 sebaliknya menggelarkan dirinya prosafe.

Sumber: Rita Rudaini

SKIP THIS AD ×