berita

Dikritik ‘Gigih’ Bagi Anak Main Bola Macam Aidil Zafuan, Ini Respon Rita Rudaini

November 9th, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Rita Rudaini antara selebriti berstatus ibu tunggal yang gigih membesarkan dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Rafqa Arjuna setelah berpisah dengan pemain bola Aidil Zafuan pada 2013.

Namun, kini Rita tetap bahagia dengan dua cahayamatanya itu walaupun kisah perceraiannya suatu masa dulu mendapat perhatian hangat media. Malahan menurut Rita, langsung tiada sengketa antaranya dan bekas suami.

Tiada masalah dengan bekas suami

Rita menerusi Instagramnya memuatnaik foto throwback bekas suami bersama anak-anak mereka. Menurutnya, dia dan Aidil sudah dalam fasa berbaik-baik tanpa ada masalah.

Sis belanja pic anak beranak maaf lah pic lama tapi ada ‘nilai sentimental’ tau. Pic baru takdak so sis belanja pic lama je. Sis takdak masalah pun dengan bekas sis, kita orang tak gaduh pun, pandai je manusia-manusia buat skrip telenovela 7 tahun 7 keturunan, tak habis-habis cerita ‘Posh & Beckham’ ni.

Tambahnya lagi, dia menepis  suara- suara sumbang yang mengatakan dia terlalu ‘gigih’ menghantar anak-anak bermain bola sepak kerana bola sepak sudah menjadi minat biasa budak lelaki. Sebagai ibu, dia menyokong penuh minat anak-anak.

Sampai anak-anak sis dah besaq dah. Sis ok je, takdak masalah pon, kita husnuzon je, anak-anak sis main bola pon sis support, buat apa nak halang cita-cita depa. Cita-cita depa cita-cita sis jugak, ada orang kata pulak ‘gigih nak bagi anak main bola jugak’, lorrr takkan nak bagi main masak-masak kot.

Dah depa budak laki, bola sepak tak boleh dipisahkan dari budak lelaki. Darah ka, keturunan ka, kuah ka, nak buat lagu mana dah depa minat sis antaq la blajaq.

Dah DNA pak depa

Ujar pelakon Mami Jarum Junior ini lagi, apabila ada yang kerap mengatakan Ryan dan Juna mirip Aidil, menurut Rita, hakikat itu tidak dinafikan kerana mereka mempunyai berbapakan Aidil.

Ramai jugak dok komen kalau upload pic ank, ‘muka bapak sangat’, kompom laa muka bapak, dah hasil tuai dari ‘AI+RIT’, takkan kluaq muka Brat Pitt pulak. Lepas ni jangan pulak kata bila sis up pic ni, kata pulak sis tak hormat pihak sana pulak.

Nak buat lagu mana dah DNA pak depa, tak salah lah sis boh pic depa anak beranak  sis takde masalah dengan Daddy Ryan dan Juna , harap lepas ni takdak lah nak pertikai sis tak bagi itu ini ye, takkan semua sis nak cerita kat korang.

Sumber: Rita Rudaini

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×